Misi Kemanusiaan Syria Care 11.0 (2019)

Hari kedua terakhir di Syria

Hari kedua terakhir di Syria antara yang paling sibuk. Memandangkan banyak tempat yang perlu dilawati, kami tidak mempunyai masa untuk makan. Hanya bawa bekalan untuk dimakan dalam van. Itupun saya tak sempat habiskan. Destinasi terakhir kami adalah sebuah kem di Awal Qah, Kafr Lusin. Di situ kami akan mengagihkan khemah baharu kepada pelarian – pelarian …

Hari kedua terakhir di SyriaRead More »

Terpaksa minta makanan akibat kelaparan

“Maaf ukhti, boleh saya dapat bungkusan makanan itu? Saya dari kem sebelah “, kata kanak-kanak yang memperkenal dirinya sebagai Maria dengan perlahan. Sapaannya membuatkan aku terkejut. Aku renung wajahnya yang manis dan tetap manis meskipun terdapat luka di bibirnya. Tergambar Natasha yang aku tinggalkan di Malaysia. Ya, mereka hampir sebaya. Pertanyaannya benar-benar membuatkan diri terbang …

Terpaksa minta makanan akibat kelaparanRead More »

Travelog Misi Kemanusiaan Syria Care 11.0

Peluang yang ada di Idlib cuba dimanfaat sebaik mungkin untuk menziarahi satu persatu projek yang disumbangkan rakyat Malaysia melalui Syria Care. Ia penting kepada kami untuk membuat penilaian dengan melihat sendiri lokasi, pengurusan dan paling mustahak mengenali para petugas tempatan. Dari Madrasah Abi Hanifah an Nu’man yang terletak di kawasan pergunungan, kami merentasi Khirbat al …

Travelog Misi Kemanusiaan Syria Care 11.0Read More »

Misi Kemanusiaan Syria Care 11.0 | Ziarah IHH

Pada 29 November, selepas para petugas keluar dari Syria, mereka telah menziarahi pejabat IHH di Reyhaniah dan telah berjumpa dengan Saudara Zaki Tahir Oğlu yang merupakan ketua di jabatan tersebut. Perjumpaan ini dilakukan bagi mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan sokongan mereka hingga membolehkan pihak Syria Care masuk ke dalam Syria dan melaksanakan tugas agihan …

Misi Kemanusiaan Syria Care 11.0 | Ziarah IHHRead More »

Misi Kemanusiaan Syria Care 11.0 | Agihan di Kem Syria Care

Agihan diteruskan oleh petugas-petugas misi di Kem Syria Care yang terletak di Kah, Ref Idlib. Buat pengetahuan semua, kem ini telah didaftar secara sah dibawah nama Syria Care. Alhamdulillah, sebanyak 50 khemah telah didirikan buat pelarian-pelarian baru ke kawasan itu. Dua set tandas yang mempunyai dua pintu setiap setnya juga telah dibina bagi memberi keselesaan …

Misi Kemanusiaan Syria Care 11.0 | Agihan di Kem Syria CareRead More »

Misi Kemanusiaan Syria Care 11.0 | Agihan di Kem Ra’

Hari terakhir misi diteruskan dengan pengagihan di Kem Ra’ yang terletak di Ibbin Sam’an, Idlib. Kem ini terletak di atas bukit yang jauh dari penempatan lain. Dengan keadaan kem yang sangat-sangat uzur, penduduk di sini tidak menerima apa-apa bantuan daripada pihak lain. Para petugas misi telah membuat agihan kepada kesemua 160 buah keluarga yang tinggal …

Misi Kemanusiaan Syria Care 11.0 | Agihan di Kem Ra’Read More »

Misi Kemanusiaan Syria Care 11.0| Agihan pakaian di Hamidiye Mall

Kali ini, projek #warmtheirwinter diagihkan di Hamidiye Mall, Sarmada. Agihan ini dikendalikan oleh Ulfah Human Relief yang merupakan sebuah NGO di sana. Badan ini telah menyewa sebuah lot kedai di dalam pasaraya tersebut untuk menempatkan baju-baju sejuk yang dikumpulkan hasil daripada projek ini. Baju-baju itu juga digantung untuk memudahkan proses pemilihan dan pengambilan oleh sesiapa …

Misi Kemanusiaan Syria Care 11.0| Agihan pakaian di Hamidiye MallRead More »

Misi Kemanusiaan Syria Care 11.0 | ‘Shoe box gift’ (2)

Hari kesepuluh misi Kemanusiaan Syria Care diteruskan dengan membuat agihan ‘shoe box gift’ di Madrasah Ruwat As-Shamilah iaitu sekolah yang menempatkan anak-anak yatim perempuan. Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, ‘shoe box gift’ merupakan satu projek yang mengumpulkan hadiah-hadiah daripada anak-anak di Malaysia untuk diberikan kepada anak-anak di Syria. Untuk agihan kali ini, terdapat sedikit kesulitan …

Misi Kemanusiaan Syria Care 11.0 | ‘Shoe box gift’ (2)Read More »

%d bloggers like this: