Syria Care dalam misi

Membantu Anak yatim Syria yang memerlukan Tajaan

Syria Care menggerakkan program tajaan anak yatim sejak 2014 bagi membantu kanak-kanak yang menjadi yatim akibat konflik yang berlaku di Syria.

IMG-Main

FOKUS

Setiap kanak-kanak memiliki hak untuk hidup sempurna

Program tajaan ini memastikan kanak-kanak terutamanya anak yatim dapat memiliki kehidupan yang baik dan selesa. Pelbagai aspek diambil kira bagi program tajaan ini termasuk:

books

Pendidikan

Food-donationsz

Makanan

Ubat

Perubatan

Cloth

Pakaian

Sayangilah Mereka!

Anak-anak yatim Syria, umumnya adalah mangsa yang selamat daripada serangan yang mengorbankan ibubapa dan anggota keluarga mereka.

Anak-yatim-piatu-transformed

Pengenalan

Mengapa Masih Ramai Anak Yatim Di Syria?

Syria berada dalam krisis kemanusiaan yang terburuk menyebabkan jutaan kanak-kanak menjadi yatim. Mereka hilang tempat bergantung dan hidup dalam keadaan yang sangat daif. Kanak-kanak malang ini memerlukan sokongan dan bantuan bagi meneruskan kehidupan di bumi Syria.

Anak Yatim Syria Care

LATAR BELAKANG

Bilakah Program Ini Ditubuhkan?

Pada tahun 2014, Syria Care telah menggerakkan satu program tajaan untuk membantu anak-anak yatim di kawasan bencana perang Syria. Program ini memberi peluang kepada anak-anak yatim untuk melalui kehidupan yang lebih baik dan teratur.

Pada 2016 pula, Syria Care telah mengambil inisiatif untuk menambahbaik keberkesanan program dan menjenamakannya sebagai The Orphans Project.

Program tajaan anak yatim ini terbuka kepada penaja secara individu, berkumpulan dan korporat. Peluang tajaan sebegini dapat meningkatkan penyertaan orang awam tidak kira dari sektor swasta mahupun kerajaan dalam program-program kebajikan.

location-mark

Lokasi anak-anak yatim di bawah The Orphans Project berada di:

Orphans-3

Al Bab

Orphan-1

Afrin

Orphan-2

Al Bardaqli

KELEBIHAN

PENAJAAN ANAK YATIM

Firman Allah SWT:

“Mereka bertanya kepadamu tentang anak yatim, katakanlah “Memperbaiki keadaan mereka adalah lebih baik.” (Al Baqarah:220)

folders

Penaja akan menerima profil anak yatim yang ditaja

Child-Muslimah

Bantu meringankan beban anak yatim dengan membiayai kos sara hidup mereka

Notes

Maklumat terkini anak yatim yang ditaja secara berkala

Sumbangan

Kongsi Kasih Bersama Anak Yatim Syria

Kini kami sediakan tiga (3) cara untuk anda berkongsikan kasih bersama anak yatim syria

1

TAJAAN ANAK YATIM SYRIA

2

TABUNG YATIM

3

CARI GENG & TAJA

MULIAKAN ANAK YATIM

Tajaan Anak Yatim SYRIA

Rasulullah SAW bersabda: “Aku dan orang yang memelihara anak yatim itu akan masuk syurga seperti ini.” Nabi memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari tengah dan merenggang keduanya. (HR. Bukhari)

Serendah RM300.00 sebulan (tajaan untuk 6 bulan atau 12 bulan) anda boleh menjadi penaja anak yatim Syria.

• Penaja akan menerima profil anak yatim yang ditaja.

Hubungi koordinator anak yatim untuk urusan penajaan.

Tajaan anak yatim

CAKNA ANAK YATIM

TaBUNG YATIM

Tabung Yatim

Tabung Yatim ini digerakkan bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk memberi sumbangan tanpa komitmen bulanan dan tiada jumlah yang ditetapkan.

• Hasil sumbangan daripada tabung ini dimanfaatkan khas untuk anak-anak yatim Syria

• Membantu meringankan beban anak yatim yang belum mempunyai menaja

SANTUNI BERSAMA

Cari Geng & Taja

Peluang menaja anak yatim Syria secara berkumpulan.

Kumpulkan wang penajaan bersama rakan-rakan atau ahli keluarga sehingga mencukupi:

Tajaan

Tempoh tajaan

6 bulan

RM1,800.00

6 bulan

12 bulan

Profil anak yatim akan diberi kepada kumpulan penaja.

Hubungi koordinator anak yatim untuk urusan penajaan.

Cari geng taja

KASIH ANAK YATIM

SokongAN ANDA AMAT BERMAKNA BUAT MEREKA

Terkini, lebih 600 anak yatim sedang ditaja oleh orang ramai dari Malaysia, Brunei, Singapura dan lain-lain tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang.

Namun, Syria Care mengharapkan bilangan tajaan ini bertambah saban bulan. Justeru, pendaftaran bagi program tajaan ini dibuka sepanjang masa bagi membolehkan lebih ramai anak yatim menerima manfaat.

Borang Pertanyaan tajaan

Anda boleh juga menghubungi kami di +601121004807 untuk maklumat lanjut.