Winter
RAMADAN 14

Tahun Ke-14
Set 'Iftar Meal' dan 'FoodBox' diagihkan sepanjang Ramadan

Oderfood
Platform pesan dan hantar makanan kepada penghuni bumi Syam

200,000 orang
Penerima manfaat di Syria, Palestin, dan Lubnan.

sasaran 3 Juta
Sertai kami dalam memberi sinar harapan buat mereka sepanjang Ramadan 1447H/2026M
Penderitaan demi penderitaan
MUSIM SEJUK MENAMBAH
SENGSARA RAKYAT SYRIA
Lebih banyak bantuan diperlukan...
Tanggal 8 Disember 2024, menyaksikan satu momen penting dalam sejarah Syria. Setelah bertahun-tahun berada di bawah cengkaman konflik, akhirnya kedamaian mula menjengah di bumi yang diberkati ini. Rakyat Malaysia yang sentiasa menghulurkan bantuan buat mereka pasti turut merasa gembira melihat sinar harapan mula menyinari kehidupan mereka.
Walaupun Syria kini bebas, ribuan rakyatnya masih terkapai-kapai untuk memulakan hidup baharu. Mereka terus hidup di dalam khemah-khemah usang, rumah mereka hancur, tanpa pekerjaan, dan terpaksa menghadapi kesulitan setiap hari.
Ancaman musim sejuk dengan suhu sehingga di bawah paras beku menambah lagi derita sedia ada. Kelengkapan yang tidak cukup hingga ada yang diragut nyawa.
Kehidupan perlu diteruskan walaupun bekalan makanan susah untuk diperolehi. Walaupun ada bekalan makanan namun belum tentu mampu membelinya akibat tiada sumber pendapatan.
Perjalanan penderitaan mereka masih belum tamat dan tidak terbayang kesengsaraan yang terpaksa mereka hadapi.
Bersama, kita kongsi syukur dan bahagia buat mereka yang memerlukan di samping meraih ganjaran Ramadan.
MEREKA Perlukan Bantuan Anda
90% RAKYAT Syria MASIH Hidup DaLAM KEADAAN DAIF
& Tiada Punca Pendapatan
Selepas 14 tahun konflik kemanusiaan, ramai keluarga kehilangan tempat tinggal apabila rumah mereka musnah atau rosak teruk. Ketika musim sejuk yang mencengkam, mereka terpaksa berlindung di khemah-khemah usang tanpa perlindungan mencukupi daripada hujan, angin dan suhu yang semakin menurun.
Tanpa bantuan, mereka berdepan risiko kebuluran dan kesejukan melampau. Keadaan menjadi lebih mencabar apabila Ramadan bakal tiba, sedangkan ramai yang masih bergelut untuk mendapatkan makanan, tempat berteduh dan keperluan asas.
Inilah realiti pahit yang kami saksikan, keluarga-keluarga yang terpaksa bertahan dalam keadaan serba kekurangan, menunggu bantuan agar dapat melalui musim sejuk dan menyambut Ramadan dengan sedikit kelegaan.
Penderitaan mereka adalah krisis kemanusiaan yang masih berlanjutan.
BANTU RINGANKAN BEBAn
pakej tajaan INFAQ untuk RAKYAT SYRIA
Kami menyediakan beberapa pakej untuk anda bantu menggembirakan mereka sepanjang Ramadan kali ini
Serendah RM35, anda dapat menggembirakan hati bakal penerima manfaat di bulan yang mulia.
Sedekah yang berpanjangan
Rebut Peluang Pahala Berlipat ganda di Bulan Ramadan yang Mulia
Dahsyatnya sedekah di bulan Ramadan sehingga pahala dilipat gandakan kepada yang memberi. Allah SWT amat memuliakan orang yang bersedekah dan orang yang menginfaqkan harta mereka pada jalan yang benar.
Ramadan kali ini kami ingin melibatkan anda untuk membantu seramai 200,000 penerima manfaat di:
- Wilayah di Syria – Idlib, Aleppo, Hama, Homs, Latakia dan Damascus.
- Gaza, Palestin.
- Tripoli dan Arsal, Lubnan.
Projek ini menyasarkan agihan untuk 60,000 set iftar, 5,000 kotak makanan asas serta bantuan lain seperti bahan bakar, peluang pendidikan dan keperluan anak yatim.
Jom berinfaq Bersama kami
Melalui projek ‘Winter Ramadan 14‘, sama-sama kita kembalikan senyuman mereka dengan menyampaikan pelbagai bentuk bantuan bagi membantu mereka untuk bangkit semula:

Winter Aid
Bahan Bakar & Kotak Makanan Asas: RM400

FoodBox
Kotak Makanan Asas: RM250

Iftar Meal
Hidangan Berbuka Puasa: RM35

Iftar Jamaei
Majlis Berbuka Puasa 300pax: RM10,000

Restore Aid
Baik Pulih Infrastruktur (Rumah, Masjid, & Sekolah):
RM200

EducAid
Infak Pendidikan
(1 Orang/1 Bulan):
RM280

Orphan Aid
Infak Anak Yatim
(1 Orang/1 Bulan):
RM300

Infak Syawal
Pakaian Raya Anak-anak Syria: RM150
Sumbangan manual, transfer, atau secara Cash Deposit Machine boleh disalurkan ke akaun :
MAYBANK ISLAMIC
5505 1424 0036
Rujukan: Winter Ramadan