Sempurnakan Amalan Anda dengan Ibadah Korban
Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). [Riwayat Al Tirmizi: 1493]
Korban Membentuk Peribadi Qana'ah (Bersyukur)
Ibadah korban yang dilaksanakan adalah satu tanda kita mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Ia merupakan amalan yang signifikan dalam Islam dan dilaksanakan di seluruh dunia
oleh ramai umat Islam ketika menyambut Hari Raya Aidiladha.
Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada hari al-Nahr (Hari Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah SWT selain daripada menumpahkan darah (binatang korban).
Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).”
[Riwayat Al Tirmizi: 1493]
Pendaftaran Ibadah Korban dibuka sekarang
Syria Care memudahkan rakyat Malaysia, Singapura, dan penduduk negara jiran yang ingin melaksanakan ibadah korban di Syria melalui projek Qurban Aid.
Sebagai manfaat, ibadah korban mereka telah membantu keluarga-keluarga Syria yang memerlukan dengan menyediakan daging segar kepada anak-anak yatim, balu, dan orang lain yang telah terjejas akibat konflik yang berterusan hingga ke hari ini.
Tempahan awal boleh dilakukan dengan pembayaran deposit sebanyak RM300 selewat-lewatnya sebelum 5 Jun 2023 dan perlu menjelaskan baki bayaran sebelum 23 Jun 2023.
Pendaftaran melalui laman web dibuka sehingga 26 Jun 2023.
Selepas 26 Jun 2023 pendaftaran hanya diterima melalui whatsapp
di talian 013-971 5901 dan tarikh akhir pendaftaran adalah pada 29 Jun 2023.

Hari Raya Aidiladha
Pakej Qurban Aid
Lokasi: Syria



*Tempahan awal boleh dilakukan dengan pembayaran deposit sebanyak RM300 selewat-lewatnya sebelum 5 Jun 2023 dan perlu menjelaskan baki bayaran sebelum 23 Jun 2023.
Harga yang tertera termasuk kos pengurusan.

Infaq Meat
Infaq Meat merupakan suatu inisiatif untuk orang ramai bersedekah daging buat pelarian di bumi Syam, iaitu di utara Syria dan Lubnan.
Hasil sumbangan dikumpulkan sehingga cukup untuk membeli seekor kambing dan akan diagihkan kepada para pelarian di sana.
Seekor kambing dibahagikan kepada 30 slot. Setiap slot hanya bernilai RM50.
Nota: Infaq Meat adalah sedekah, bukan ibadah korban.


Kami amanah & telus dalam melaksanakan tanggungjawab
Syria Care telah terbukti melaksanakan korban di Syria sejak tahun 2014. Bermula tahun 2014 sehingga 2022, lebih 962,800 orang pelarian Syria telah menerima manfaat.










Kelebihan Melakukan Ibadah Korban Bersama Syria Care
Manfaat ibadah korban anda akan dapat membantu mereka yang memerlukan dengan menyediakan daging segar kepada mereka yang telah terjejas akibat konflik berterusan di sana.

Berpengalaman
10 tahun pengalaman dalam mengendalikan ibadah korban di sekitar kawasan negara Syria dan Lubnan.

Yakin & Dipercayai
Dipercayai & disertai oleh beribu masyarakat dalam menunaikan ibadah korban mereka.

Mudah
Pendaftaran yang mudah dilakukan, hanya perlu pilih pakej dan daftar sahaja.

Bukti Penyertaan
Peserta korban akan menerima e-sijil berserta gambar korban melalui emel yang telah didaftarkan.

Harga Yang Berpatutan
Dengan hanya deposit RM300.00 sahaja anda dapat menempah pakej korban yang diinginkan terlebih dahulu.

Telus & Bertanggungjawab
Kami memastikan agihan daging sampai ke tangan mereka yang betul-betul memerlukan.
Untuk maklumat Lanjut
Jika anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan,hubungi kami di talian:
Telefon: +6013 971 5901
Emel: malaysia.syriacare@gmail.com
Untuk permulaan, anda juga boleh memuat turun soalan-soalan lazim berkenaan korban.