Terpaksa minta makanan akibat kelaparan

WhatsApp Image 2020-01-15 at 9.21.48 AM

“Maaf ukhti, boleh saya dapat bungkusan makanan itu? Saya dari kem sebelah “, kata kanak-kanak yang memperkenal dirinya sebagai Maria dengan perlahan.

Sapaannya membuatkan aku terkejut. Aku renung wajahnya yang manis dan tetap manis meskipun terdapat luka di bibirnya. Tergambar Natasha yang aku tinggalkan di Malaysia. Ya, mereka hampir sebaya.

Pertanyaannya benar-benar membuatkan diri terbang jauh. Di sebalik lamunan, aku cuba mendapatkan jawapan.

Maria bukan dari kem yang kami agihkan bantuan. Dia memberanikan diri untuk mendekati kami kerana kelaparan dan begitu berharap agar kami sudi memberinya sesuatu.

Alhamdulillah, seperti kebiasaan kami membawa bungkusan makanan tambahan.

Permintaannya dipenuhi.

Terserlah kegembiraan di wajahnya selepas aku menghulurkan bungkusan makanan.

Maria, sehingga ke saat travelog ini dikarang, wajahmu sentiasa terbayang. Dalam keadaan musim sejuk dan serangan demi serangan, bagaimana keadaan mu?.

Ya Allah lindungi Maria, lindungi keluarganya. Ya Allah hentikanlah kesengsaraan mereka.

Maria, semoga kita ketemu lagi…wajahmu sentiasa di hati.

Farah Mardzi
Kem Qita Atasi’
22 Nov 2019 (Hari Kedua Misi Kemanusiaan Syria Care 11.0)

Kongsi Artikel Ini