13

Travelog MKSC 6.0 : Rayyan yang istimewa

Rayyan ialah gadis kecil yang istimewa yang kami temui dalam perjalanan misi kami. Melihat senyumannya ketika menyambut kehadiran kami, terasa keikhlasannya. Rayyan telah melalui satu fasa getir dalam hidupnya, meskipun usia masih terlalu muda. Sebelah kaki terputus meletup hancur entah di mana. Sebelah lagi sebahagiannya hancur,terpaksa dipotong bahagian itu lalu disambungkan hingga kakinya pendek dari […]

Travelog MKSC 6.0 : Rayyan yang istimewa Read More »

12

Travelog MKSC 6.0 : Maahad Muhajirin dan Ansar

Melawat sekolah Maahad Muhajirin dan Ansar semasa Misi Kemanusiaan tempoh hari. Guru2nya mengajar secara sukarela di maahad ini di mana juga menumpang sebuah masjid di Antakya, Turki.  Sungguh terinspirasi dengan anak2 ni semuanya, sekecil2 umur pun apabila saya bertanya, sudah menghafal 1 juzuk Al Quran. Ada yang gembira bagitau “saya 2 juzuk” “saya 3 juzuk”

Travelog MKSC 6.0 : Maahad Muhajirin dan Ansar Read More »

10

Travelog MKSC 6.0 : Penghafal Al Quran Cilik

Anak kecil ni usianya baru mencecah 4 tahun. Tetapi telahpun mempelajari ilmu AlQuran dan mula menghafal meskipun masih bertatih memahami. Ketika ini, saya dan team Syria Care mengambil peluang menziarahi Maahad Muhajirin dan Ansar yang berpusat sementara di salah sebuah masjid di Antakya, Turki. Walaupun pelajar tidaklah mencecah ratusan, tetapi mereka yang ada ini sangatlah

Travelog MKSC 6.0 : Penghafal Al Quran Cilik Read More »

9

Travelog MKSC 6.0 : Apa nasibmu wahai anak Syria?

Pertembungan dua bangsa, dua budaya, dua bahasa dan dua generasi ini telah menarik perhatian saya. Anak kecil ini baru selesai mendapatkan bekalan utk berbuka. Lihat saja dua bekas kecil dihadapannya. Barangkali utk diri dan juga keluarga.  Saya cuba menangkap butir bicara ayam dan itik ini namun tidak jelas. Abang cameraman kami tu seakan sedang berusaha

Travelog MKSC 6.0 : Apa nasibmu wahai anak Syria? Read More »

7

Travelog MKSC 6.0 : Berbuka bersama?

Bahagianya kita berbuka puasa di sini bersama keluarga. Teringat semasa saya di Syria, puasa yang kedua, kami tiba untuk pengagihan makanan. Kelihatan ramai kanak-kanak sedang bermain sesama mereka. Ada yang tersenyum gembira menyambut kedatangan kami. Masih mengukir senyuman sempurna walaupun kehidupan mereka tak sesempurna mana.  Apabila kami dah mula mengagihkan makanan, Allahu Akbar, hampir berjujuran air

Travelog MKSC 6.0 : Berbuka bersama? Read More »

6

Travelog MKSC 6.0 : Pengalaman yang memanusiakan

Pengalaman misi kali ini mengajar saya untuk melihat kehidupan dari perspektif yang berbeza. Adakalanya kita berasa selesa dengan kehidupan kita sehingga kita terlupa bahawa tidak semua manusia sebertuah kita. Itu pun kadang-kadang sedikit ujian Allah kirim, kita sudah melenting dan mengeluh. Hamba-hamba Allah di Syria ini pernah selesa seperti kita. Pernah menikmati kesenangan dan memiliki

Travelog MKSC 6.0 : Pengalaman yang memanusiakan Read More »

5

Travelog MKSC 6.0 : Bahagia dan Memberi Bahagia

Bahagia dan Memberi Bahagia Ketika foto ini diambil, saya dan team Syria Care baru sahaja selesai mengagih-agih juadah untuk berbuka puasa kepada pelarian Syria serta warga tempatan. Hati tersentuh tatkala melihat kesungguhan dan keterdesakan mereka untuk mendapat bekalan berbuka. Lebih sayu lagi apabila melihat kanak-kanak yang menadah bekas-bekas kosong untuk mendapat bekalan. Namun, wajah-wajah kecil

Travelog MKSC 6.0 : Bahagia dan Memberi Bahagia Read More »

4

Travelog MKSC 6.0 : Keadaan di Syria

Foto ini adalah dari lensa kamera telefon peribadi saya. Tidak tertahan hati ini melihat kemusnahan dan kehancuran yang berlaku. Bagaimana agaknya mereka masih mampu dan berdaya untuk meneruskan kelangsungan hidup dalam keadaan sebegini. Saya sendiri belum cukup semangat dan kekuatan untuk mengharunginya. Benarlah firman Allah, manusia tidak diuji melainkan dalam kemampuannya. Ini hanya satu foto

Travelog MKSC 6.0 : Keadaan di Syria Read More »

2

Travelog MKSC 6.0 : Ziarah Dapur Ulfah

Pada hari pertama team Syria Care memasuki bumi Syria kami telah pergi menziarahi dapur yang diselenggara oleh NGO Ulfah Relief. Setelah bertolak dari Kilis,Turki diiringi oleh 2 pegawai dari pejabat mufti Kilis kami tiba di sebuah bangunan yang sangat besar.Saya diberitahu oleh Dr. Husamuddin as-Saraqbi pegawai Syria Care di Turki yang dapur kami berada di

Travelog MKSC 6.0 : Ziarah Dapur Ulfah Read More »