Travelog MKSC 6.0 : Darul Jarha

22

Catatan Misi #6

Darul Jarha ialah sebuah pusat rawatan bagi pelarian Syria yang terletak di Reyhanli, Turki. Ia adalah inisiatif seorang pemilik bebas bagi memastikan ada ruang dan tempat rawatan bagi pelarian Syria yang tercedera akibat peperangan mahupun serangan. Pusat jagaan ini menerima pesakit dalam kemudahan yang agak terbatas walaupun ada sokongan daripada badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Syria Care.

Saya dan team misi berpeluang untuk singgah ke pusat ini yang mana ia menempatkan sejumlah pesakit yang cedera dan memerlukan rawatan yang adakalanya secara berterusan.
Sebelum masuk ke ruang utama pusat tersebut, ketua misi, ustazah Sakinah telah memaklumkan kepada kami bahawa kami perlu kuat dan kental untuk melihat mangsa yang berada di pusat ini. Mereka ini ada antaranya wajah sudah tidak lagi sempurna dan memerlukan pembedahan. Ada juga yang kehilangan pelbagai anggota fizikal, kecedaraan teruk sehingga keadaan diri sudah tidak lagi sempurna.

Saya nampak je kental, tetapi sebenarnya jiwa saya tak kuat mana. Hati tisu. Jadi saya hanya mengintai dari luar sahaja. Namun sekilas pandangan saya, Allah izin dan menampakkan wajah seorang lelaki yang tidak sempurna akibat kesan tembakan. Lelaki itu sudah dua kali melalui pembedahan dan masih perlu lagi pembedahan susulan bagi memperbaiki susuk wajahnya sekurang-kurang menjadi lebih baik.

Saya tidak mampu berkata apa-apa. Penerangan dari ustazah Sakinah sudah cukup untuk membuatkan kami semua terdiam.
Alhamdulillah, kami sampaikan juga sumbangan dari rakyat Malaysia buat mereka ini. Semoga mereka terus cekal mengharungi hidup.

Maaf, gambar lelaki tersebut saya tidak dapat kongsikan di sini. Saya belum kuat.

Nurdieana Mohd Mardzi
Misi Kemanusiaan Syria Care
19/5/2018
Reyhanli

#SyriaCare
#MisiKemanusiaan
#SyriaCareforhumanity

Kongsi Artikel Ini