Travelog Misi 6.0

Travelog MKSC 6.0 : Zainab.

Zainab. Anak kecil dari Jarablus, utara pinggiran Aleppo yang sempat saya dan team jumpa sewaktu berpeluang masuk ke Syria awal Ramadan lalu. Dia telah kehilangan kakinya akibat peperangan yang berlaku ketika dia dan keluarga berada di Homs satu ketika dulu. Sekarang Zainab terpaksa bergantung kepada kerusi roda untuk bergerak. Sewaktu saya mendekatinya membawa nasi yang dimasak …

Travelog MKSC 6.0 : Zainab.Read More »

Travelog MKSC 6.0 : Maahad Al Muhajirin Wal Ansar

Para pelajar dari Maahad Al Muhajirin Wal Ansar, mendengar pesanan serta perkongsian dari Ustazah Sakinah sebagai ketua misi kemanusiaan 6.0. Mereka ternyata berasa seronok dan bahagia kerana mereka tahu bahawa masih ada saudara-saudara mereka yang mengambil peduli tentang nasib mereka. Syukur alhamdulillah, untuk pertemuan singkat ini. Ia dirasakan seperti team kami telah bertahun bersama mereka. …

Travelog MKSC 6.0 : Maahad Al Muhajirin Wal AnsarRead More »

Travelog MKSC 6.0 : Bezanya anak Syria

Di luar sebuah khemah pelarian yang kami ziarah, terdapat ramai kanak-kanak yang wajah mereka kusam dan sangat menyedihkan. Mereka ini telah dinafikan hak sebagai kanak-kanak dan sebagai manusia. Bencana kemanusiaan telah meragut keriangan mereka. Saya agak sedih melihat mereka. Saya rasa seperti ingin memeluk dan memberi sedikit kasih yang berbaki dalam diri. Namun mereka bermain …

Travelog MKSC 6.0 : Bezanya anak SyriaRead More »

Travelog MKSC 6.0 : Rindu kenangan di dalam Syria

Catatan Misi #7 Entah kenapa, tiba-tiba terasa rindu dan terkenang-kenang pengalaman pahit manis menjejaki bumi bertuah Syria lewat Mei lalu. Masih kukuh dalam ingatan, wajah-wajah insan yang kental bertahan di bumi ini. Mereka ini Allah pilih untuk ujian sebegitu rupa. Kita ini Allah pilih untuk mengambil ibrah dari ujian mereka. Syria adalah sebahagian bumi Syam …

Travelog MKSC 6.0 : Rindu kenangan di dalam SyriaRead More »

Travelog MKSC 6.0 : Darul Jarha

Catatan Misi #6 Darul Jarha ialah sebuah pusat rawatan bagi pelarian Syria yang terletak di Reyhanli, Turki. Ia adalah inisiatif seorang pemilik bebas bagi memastikan ada ruang dan tempat rawatan bagi pelarian Syria yang tercedera akibat peperangan mahupun serangan. Pusat jagaan ini menerima pesakit dalam kemudahan yang agak terbatas walaupun ada sokongan daripada badan bukan …

Travelog MKSC 6.0 : Darul JarhaRead More »

Travelog MKSC 6.0 : Juadah berbuka pertama di Syria

Travelog MKSC 6.0 : Berbuka merupakan nikmat buat semua yang berpuasa tidak kira berada dimanapun. Dan aku setiap kali melihat juadah berbuka, setiap kali lah akan aku terkenangkan juadah puasa saudaraku yang berada di Bumi Syam.  Kita disini sehinggakan tidak dapat untuk menentukan untuk makan apa sedangkan pelbagai juadah dan menu terhidang di depan mata. …

Travelog MKSC 6.0 : Juadah berbuka pertama di SyriaRead More »

Travelog MKSC 6.0 : Bendera separa tiang?

Tanggal 15/5/2018 yang lalu, saya dan team kedua tiba di Lapangan Terbang Antartuk, Istanbul utk bergabung dengan team pertama yang telah tiba awal beberapa hari. Setibanya di sana, saya tertanya-tanya kenapa agaknya bendera Turki diturunkan separa tiang. Apakah ada insiden dalaman yang berlaku yang tidak saya ketahui… Dan rupanya, persoalan ini juga berlegar diruang fikir …

Travelog MKSC 6.0 : Bendera separa tiang?Read More »

Travelog MKSC 6.0 : ANTARA KEPAHITAN DAN KEMANISAN

ANTARA KEPAHITAN DAN KEMANISAN Demi mencari sesuap nasi untuk berbuka puasa pun terpaksa berebut-rebut itulah realiti kepahitan hidup yang dilalui oleh anak-anak Syria.  Di himpit dengan ujian kehidupan seawal usia yang masih muda. Bebanan inilah yang mereka pikul sehingga tidak mampu dinilai oleh mata kasar berat yang mereka tanggung. Pahit-pahit inilah yang menjadikan mereka tabah …

Travelog MKSC 6.0 : ANTARA KEPAHITAN DAN KEMANISANRead More »