Dengan sokongan dan dokongan dari rakyat Malaysia, pihak NGO Syria Care telah membiayai sebuah sekolah untuk anak-anak Syria yang rata-rata adalah dari kalangan anak-anak yatim. Sekolah yang berpusat di Taftanaaz yang terletak di bawah daerah Idlib, Syria, ini adalah di bawah kelolaan Sheikh Abdullah Ar-Rahhal dan mengajar mata pelajaran Agama Islam (Diniyah) juga matapelajaran Akademik.
Projek ini adalah bernaung dibawah Kempen Ramadhan Al-Kheir-2 sempena hasil sumbangan umat Islam di Malaysia pada bulan Ramadhan tahun ini.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung. Dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua penderma. Semoga segala amal kebaikan dan usaha yang kita lakukan dirahmati dan diberkati oleh Allah swt.