Simposium Kebangsaan Pertubuhan Bukan Berasaskan Keuntungan Tahun 2026

WhatsApp Image 2026 09 30 at 09.36.14

30 September 2026

Syria Care telah dijemput untuk menyertai Simposium Kebangsaan Pertubuhan Bukan Berasaskan Keuntungan Tahun 2026 yang berlangsung di Auditorium Tun Dr. Siti Hasmah, Tingkat 10, Menara SSM@Sentral, Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Bertemakan “Membina Ekosistem NPO yang Berdaya Tahan: Memahami Ancaman Pembiayaan Keganasan dan Tanggungjawab Pengawalseliaan”, simposium ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia.

Selain menyertai simposium, Syria Care turut membuka reruai bagi memperkenalkan organisasi, usaha kemanusiaan serta inisiatif yang dilaksanakan dalam membantu golongan yang memerlukan. Kehadiran ini juga menjadi ruang untuk berkongsi maklumat dan mengeratkan hubungan dengan pelbagai pihak dalam ekosistem pertubuhan bukan berasaskan keuntungan di Malaysia.

Bila kita doakan Palestin, jangan lupa doakan Syria.
Dan bila kita bantu Syria, niatkan untuk pembebasan Al-Aqsa juga.

, .
, .

Kongsi Artikel Ini