30 September 2026
Reruai Syria Care turut menerima kunjungan Timbalan Menteri Kewangan Malaysia, Yang Berhormat Tuan Liew Chin Tong dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM), Dato’ Mohd Zulfikar bin Ahmad sempena Simposium Kebangsaan Pertubuhan Bukan Berasaskan Keuntungan Tahun 2026 yang berlangsung di Auditorium Tun Dr. Siti Hasmah, Tingkat 10, Menara SSM@Sentral, Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Kunjungan ini menjadi peluang untuk memperkenalkan Syria Care serta berkongsi usaha dan inisiatif kemanusiaan yang dilaksanakan dalam membantu masyarakat yang memerlukan, khususnya di Syria.
Terima kasih atas kesudian YB Tuan Liew Chin Tong meluangkan masa mengunjungi reruai Syria Care.
Bila kita doakan Palestin, jangan lupa doakan Syria.
Dan bila kita bantu Syria, niatkan untuk pembebasan Al-Aqsa juga.
Bangunkan Syria, Demi Aqsa.
Bersama Syria Care, Kita Bantu.


