Surat Penghargaan Dari Agensi Wakaf Latakia Atas Pembinaan Masjid Eido

CamScanner ٠٧ ٠٩ ٢٠٢٦ ١٣.٥٥ page

27 September 2026

Syria Care menerima surat penghargaan rasmi daripada Direktorat Wakaf Latakia, Kementerian Wakaf Republik Arab Syria.

Penghargaan ini diberikan atas sumbangan dan penglibatan aktif Syria Care dalam projek baik pulih semula Masjid Eido yang terletak di kawasan Al-Haffa, Latakia.

Surat rasmi ini menjadi bukti akauntabiliti, ketelusan, dan kerjasama erat antara Syria Care dan komuniti tempatan demi memelihara rumah ibadah serta menyokong pembangunan mampan di Syria.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada para pewakaf, dan rakan kerjasama yang terus menyokong kerja-kerja kemanusiaan Syria Care.

Pemulihan Syria bermula dengan wakaf.

Wakaf Baik Pulih Masjid dan Sekolah bukan sekadar membaiki sebuah bangunan, tetapi membantu menghidupkan kembali ruang untuk ilmu, ibadah dan kehidupan sebuah komuniti.

Sertai Wakaf Baik Pulih Masjid & Sekolah
Maybank Islamic – 5505 1424 0503

Bila kita doakan Palestin, jangan lupa doakan Syria.
Dan bila kita bantu Syria, niatkan untuk pembebasan Al-Aqsa juga.

Bangunkan Syria, Demi Aqsa.
Bersama Syria Care, Kita Bantu.

Kongsi Artikel Ini