Food Distribution In East Ghoutah- 5th January 2015
Hasil sumbangan orang ramai telah membolehkan pihak Syria Care menyalurkan bantuan untuk menyediakan bahan makanan untuk 250 keluarga di kawasan Timur Ghoutah.
Hasil sumbangan orang ramai telah membolehkan pihak Syria Care menyalurkan bantuan untuk menyediakan bahan makanan untuk 250 keluarga di kawasan Timur Ghoutah.
Alhamdulillah sumbangan orang ramai dari segi baju tebal dan selimut telah pun tiba di daerah Idlib,Syria.
Pada malam Sabtu 31 Januari 2015 yang lalu,pihak Syria Care dengan kerjasama Masjid Al-Muqarrabin Bandar Tasik Selatan dan Radical Records telah menjayakan program Malam Untukmu Syria.
Allahu Akbar! Berita gembira buat semua penyumbang dan para sukarelawan! Kalian masih ingat akan Kempen Pakaianku Mendahuluiku Ke Syurga (3) yang telah kami lancarkan dalam bulan Ramadhan dan Syawwal yang lepas? Kami telah menghantar 2 kontena yang berisi lebih dari 700 kotak berisi pakaian-pakain yang telah disedekahkan oleh orang ramai.
Dengan sokongan dan dokongan dari rakyat Malaysia, pihak NGO Syria Care telah membiayai sebuah sekolah untuk anak-anak Syria yang rata-rata adalah dari kalangan anak-anak yatim. Sekolah yang berpusat di Taftanaaz yang terletak di bawah daerah Idlib, Syria, ini adalah di bawah kelolaan Sheikh Abdullah Ar-Rahhal dan mengajar mata pelajaran Agama Islam (Diniyah) juga matapelajaran Akademik.
Idlib, Syria. (3/10/2014) Alhamdulillah. Sumbangan rakyat Malaysia, sebahagiannya telah selamat diagihkan di kawasan Kem Khalid Ibnul Waleed yang terletak di bawah daerah Idlib.
Allahu Akbar. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Kesemua 21 ekor kambing dan 17 bahagian lembu telah selamat dilaksanakan qurbannya di daerah Ghoutah Timur pada hariraya yang pertama dan kedua Eidul Adha 2014. Juga 2 ekor kambing yang telah disembelih untuk aqiqah. Tahniah buat semua peserta Qurban For Syria pada tahun ini.
Alhamdulillah segala syukur hanya pada Allah yang memungkin segala sesuatu. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakyat Malaysia yang telah menyumbang buat rakyat Syria yang sangat memerlukan di wilayah Ghoutah Timur.
Segala puji bagi Allah yang telah membukakan hati insan-insan yang beriman dalam membantu sesama saudara. Rezeki yang ada diberikan Allah kepada kita sebagai perantara untuk disampaikan. Sungguh tiap tangan yang menghulur tiada satu pun yang ditinggalkan Allah tanpa balasan.