Travelog Misi 6.0

Travelog MKSC 6.0 : Berbuka bersama?

Bahagianya kita berbuka puasa di sini bersama keluarga. Teringat semasa saya di Syria, puasa yang kedua, kami tiba untuk pengagihan makanan. Kelihatan ramai kanak-kanak sedang bermain sesama mereka. Ada yang tersenyum gembira menyambut kedatangan kami. Masih mengukir senyuman sempurna walaupun kehidupan mereka tak sesempurna mana.  Apabila kami dah mula mengagihkan makanan, Allahu Akbar, hampir berjujuran air …

Travelog MKSC 6.0 : Berbuka bersama?Read More »

Travelog MKSC 6.0 : Pengalaman yang memanusiakan

Pengalaman misi kali ini mengajar saya untuk melihat kehidupan dari perspektif yang berbeza. Adakalanya kita berasa selesa dengan kehidupan kita sehingga kita terlupa bahawa tidak semua manusia sebertuah kita. Itu pun kadang-kadang sedikit ujian Allah kirim, kita sudah melenting dan mengeluh. Hamba-hamba Allah di Syria ini pernah selesa seperti kita. Pernah menikmati kesenangan dan memiliki …

Travelog MKSC 6.0 : Pengalaman yang memanusiakanRead More »

Travelog MKSC 6.0 : Bahagia dan Memberi Bahagia

Bahagia dan Memberi Bahagia Ketika foto ini diambil, saya dan team Syria Care baru sahaja selesai mengagih-agih juadah untuk berbuka puasa kepada pelarian Syria serta warga tempatan. Hati tersentuh tatkala melihat kesungguhan dan keterdesakan mereka untuk mendapat bekalan berbuka. Lebih sayu lagi apabila melihat kanak-kanak yang menadah bekas-bekas kosong untuk mendapat bekalan. Namun, wajah-wajah kecil …

Travelog MKSC 6.0 : Bahagia dan Memberi BahagiaRead More »

Travelog MKSC 6.0 : Keadaan di Syria

Foto ini adalah dari lensa kamera telefon peribadi saya. Tidak tertahan hati ini melihat kemusnahan dan kehancuran yang berlaku. Bagaimana agaknya mereka masih mampu dan berdaya untuk meneruskan kelangsungan hidup dalam keadaan sebegini. Saya sendiri belum cukup semangat dan kekuatan untuk mengharunginya. Benarlah firman Allah, manusia tidak diuji melainkan dalam kemampuannya. Ini hanya satu foto …

Travelog MKSC 6.0 : Keadaan di SyriaRead More »

Travelog MKSC 6.0 : Ziarah Dapur Ulfah

Pada hari pertama team Syria Care memasuki bumi Syria kami telah pergi menziarahi dapur yang diselenggara oleh NGO Ulfah Relief. Setelah bertolak dari Kilis,Turki diiringi oleh 2 pegawai dari pejabat mufti Kilis kami tiba di sebuah bangunan yang sangat besar.Saya diberitahu oleh Dr. Husamuddin as-Saraqbi pegawai Syria Care di Turki yang dapur kami berada di …

Travelog MKSC 6.0 : Ziarah Dapur UlfahRead More »

Travelog MKSC 6.0 : Kekuatan Luar Biasa

Kekuatan Luar Biasa  Perjalanan kami telah menemukan kami dengan keluarga Sumayyah dan Fatimah. Mereka adalah dua beradik yang tinggal bersama bagi meneruskan kelangsungan hidup. Suami Sumayyah telah tiada. Terkorban akibat dibunuh dan disembelih oleh gerila IS suatu ketika dahulu. Entah bagaimana agaknya penerimaan mereka tentang kekejaman ini, sukar kami nak tafsirkan. Kami temui mereka. Selain …

Travelog MKSC 6.0 : Kekuatan Luar BiasaRead More »

Travelog MKSC 6.0 : Iman

Sikecil ini namanya Iman. Seorang gadis cilik luar biasa. Kami gelarkannya Perdana Menteri Kilis. Iman ini tidak boleh duduk diam. Ada saja perkara yang nak dilakukannya. Sewaktu kami dan yang lain2 sedang menunggu waktu berbuka, dilihatnya tempat kami tak cukup makanan, dia bingkas bangun dan mendapatkan makanan tambahan. Kemudian, dilihatnya sabahatnya terjatuh, dia bangun lagi …

Travelog MKSC 6.0 : ImanRead More »

Travelog MKSC 6.0 : Omma dan Shaam.

Omma dan Shaam. Saya telah mengenalinya sejak beberapa tahun yang lepas. Shaam telah membantu dalam mempromosikan berkenaan Kempen Ramadan kami beberapa kali. Menjadi suara bagi masyarakat setempatnya di Selatan Damsyik. Malah sebelum menjalankan penggambaran untuk video promo saya telah menghantar skrip dan cara menyebut secara detail kepada rakan kerjasama kami di Selatan Damsyik dan mereka …

Travelog MKSC 6.0 : Omma dan Shaam.Read More »