Travelog MKSC 6.0 : Maahad Al Muhajirin Wal Ansar

24

Para pelajar dari Maahad Al Muhajirin Wal Ansar, mendengar pesanan serta perkongsian dari Ustazah Sakinah sebagai ketua misi kemanusiaan 6.0.

Mereka ternyata berasa seronok dan bahagia kerana mereka tahu bahawa masih ada saudara-saudara mereka yang mengambil peduli tentang nasib mereka.

Syukur alhamdulillah, untuk pertemuan singkat ini. Ia dirasakan seperti team kami telah bertahun bersama mereka.

Wajah-wajah manis dan bersih kerana jiwa sentiasa dihiasi ayat suci Kalamullah. Syukurlah bagi mereka yang meyumbang bagi kelangsungan pembelajaran anak-anak ini, kerana saham akhirat mengalir tidak putus-putus.

Maaf, saya sangat rindu untuk kembali ke sekolah ini.Saya ingin memeluk erat tubuh-tubuh kecil mereka. Semoga Allah izinkan kami ke sana lagi bersama doa dan harapan buat mereka agar terus cekal dan berjaya.

Nurdieana Mohd Mardzi
Antakya, Turki
Mei 2018

Kongsi Artikel Ini