Travelog Misi 5.0

Jom jadi seperti Rayyan!

Pada Oktober 2017 yang lalu, saya telah mengetuai Misi Kemanusiaan Syria Care 5.0 Turki bersama beberapa orang petugas misi yang lain bagi melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan rakyat Malaysia kepada kami untuk menyampaikan bantuan kepada saudara Syria kita di Turki. Apa yang menyentuh hati saya sepanjang misi ini adalah bila mana Allah telah mempertemukan saya …

Jom jadi seperti Rayyan!Read More »

Travelog MKSC 5.0 : Mangsa penjara Bashaar Al-Assad.

Mangsa penjara Bashaar Al-Assad. Muhammad merupakan seorang pelarian Syria yang kini menetap di Urfa,sebuah bandar di sempadan Turki Syria. Beliau yang telah lebih dua tahun menetap di sini telah berkongsi kisah hidupnya di dalam penjara Bashaar dalam satu temuramah yang diadakan bersama Ustazah Sakinah Meor Omar sewaktu menjalankan Misi Kemanusiaan Syria Care 5.0 baru-baru ini. …

Travelog MKSC 5.0 : Mangsa penjara Bashaar Al-Assad.Read More »

Travelog MKSC 5.0 : Kehidupan pelarian Syria di sempadan Syria-Turki

KEHIDUPAN PELARIAN SYRIA DI SEMPADAN SYRIA-TURKI Perjalanan masuk pasukan petugas Syria Care ke dalam bumi Syria melalui pekan-pekan koboi dipenuhi debu akibat jalan yang tidak diturap. Jalan yang berlubang-lubang itu tambah buruk apabila hujan yang turun menyebabkan jalan lecah dan kotor. Di kiri kanan jalan kelihatan orang ramai yang mencuba sehabis mungkin untuk meneruskan kehidupan …

Travelog MKSC 5.0 : Kehidupan pelarian Syria di sempadan Syria-TurkiRead More »

Travelog MKSC 5.0 : Syria Care di dalam Syria.

Syria Care di dalam Syria. Pada 31 Oktober 2017 petugas Misi Kemanusiaan Syria Care 5.0 telah diberi peluang untuk memasuki bumi Syria dengan diiringi oleh dua orang mufti dari pejabat Mufti Killis. Cuaca dingin menyelubungi setiap anggota team. Kereta dipandu melalui kawasan khemah-khemah yang dibina di sepanjang perbatasan Syria Turki ini. Mata kami hanya dihiasi …

Travelog MKSC 5.0 : Syria Care di dalam Syria.Read More »

Travelog MKSC 5.0 : Amani balu muda di Sanliurfa.

Amani balu muda di Sanliurfa. Pada hari kelima permusafiran kami di bumi Turki ini, kami meneruskan perjalanan ke sebuah bandar yang diberi nama Sanliurfa. Bandar ini seperti bandar-bandar lain yang berhampiran sempadan Turki Syria mempunyai penduduk dalam kalangan rakyat Syria samada yang masuk ke bumi Turki secara haram mahupun secara jalan yang sah. Kami dibawa …

Travelog MKSC 5.0 : Amani balu muda di Sanliurfa.Read More »

Travelog MKSC 5.0 : Iman Misriy wanita kudung berjiwa besar.

Iman Misriy wanita kudung berjiwa besar. Keberadaan kami di bumi Reyhanli menemukan kami dengan seorang wanita hebat. Sebelum bertemu dengannya kami telah pun dimaklumkan tentang seorang wanita yang telah terputus kakinya akan membawa kami menziarahi beberapa orang lain yang tercedera. Namun ketika dia menghampiri kereta kami, yang kelihatan hanyalah seorang wanita yang kelihatannya sama seperti wanita …

Travelog MKSC 5.0 : Iman Misriy wanita kudung berjiwa besar.Read More »

Travelog MKSC 5.0 : Rayyan Yang Ceria.

Rayyan Yang Ceria. Masih teringat ketika kami melawat anak hebat ini.Sebelah kaki terputus meletup hancur entah di mana. Sebelah lagi sebahagiannya hancur,terpaksa dipotong bahagian itu lalu disambungkan hingga kakinya pendek dari sepatutnya. Perut yang tertembus shrapnel dari bom yang jatuh berhampiran dengan keretanya. Perlu melalui berbagai pembedahan sebelum dia kembali ‘normal’. Ketika saya gerun mendengar …

Travelog MKSC 5.0 : Rayyan Yang Ceria.Read More »