Sebaik kami tiba untuk agihan di kem Masakin Qalamun, susuk tubuh kecil ini menarik perhatian Omma dan tim.
Dia berjalan seorang diri ke arah kami dengan berani dan apabila dipanggil, dia terus mampir tanpa teragak-agak.
Melihatkan kepada umurnya, Saadiah jelas dilahirkan jauh dari tanahairnya Syria. Nasib yang dialami oleh ribuan kanak-kanak pelarian lain di sini. Tanpa jaminan kehidupan mahupun peluang pelajaran, masa depannya kabur.
Kami tiba di Arsal ini membawa amanah anda semua. Di samping sumbangan pek makanan, kami berusaha untuk menggembirakan mereka dengan berbual mesra dan bertanya khabar.
Walaupun ia nampak kecil, sebenarnya ia meninggalkan kesan yang besar dalam jiwa mereka. Mereka begitu teruja menerima kedatangan kami malah ada yang menangis ketika kami meninggalkan kem mereka.
Terlalu ramai yang menantikan perhatian anda.
www.oderfood.my
Siti Sakinah binti Meor Omar Baki
Ketua Misi Kemanusiaan Syria Care 13.0
Arsal, Lubnan
14 April 2022
#travelogmisi
#MisiKemanusiaanSyriaCare13
#Iamahumanitarianworker