Majlis tandatangan MoU bersama Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan International Institute of Advanced Islamic Studies Malaysia (IAIS)

uitm

Syria Care Malaysia, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan International Institute of Advanced Islamic Studies Malaysia (IAIS) telah mengikat persefahaman untuk menjalinkan kerjasama.

Ia mencakupi bidang akademik, keusahawanan dan kesukarelewanan.

Majlis Perjanjian Persefahaman (MoU) telah disempurnakan pada 13 November lalu yang ditandatangan Pengerusi Syria Care, Siti Sakinah Meor Omar Baki, bersama Naib Canselor UiTM, YBhg. Prof. Emeritus Datuk Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim serta Ketua Unit Jaringan Komuniti Prof. Madya Hajah Norshiha Saidin, Penasihat Kehormat Syria Care, Prof. Madya Dr. Mohd Nor Mamat dan Ustazah Siti Fatahiyah Mahamood.

Kongsi Artikel Ini