Wakil Syria Care, Ustaz Rizal Ali akan berada di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan pada hari Jumaat akan datang 27/1/2017 bagi berkongsi maklumat dan situasi sebenar yang berlaku di Syria dan penderitaan rakyatnya selama 6 tahun ini.
Ceramah ini adalah jemputan daripada wakil Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan terhadap Syria Care untuk menyampaikan maklumat dan kesedaran tentang isu terkini Syria terhadap warga kerja jabatan tersebut.
Jika anda berminat untuk mengadakan sebarang program bersama Syria Care, boleh hubungi Cik Zana 01111362567 untuk sebarang pertanyaan lanjut.