KRAK7: Agihan Pek Iftar: Al Bab-Turkman Bareh, Qabbasin, Syria
🚩 23 Ramadan 1440H – 28 Mei 2019.
Agihan: 4,200 pek iftar
Menu 1 & 2: Nasi kabsah, daging kambing, kacang dan yogurt.
Menu 3: Freikah, kacang, daging kambing dan yogurt
Penerima Tajaan Iftar: 12,600 orang
Lokasi agihan: Akhtarin, Ziyadiah, Dabek, Turkman Bareh, Ihtimalat, Kem Al Bab, Kem Qabbasin dan kem di Maarat Nu’man.
NGO Pelaksana : Ulfah Relief
Alhamdulillah.. Terima kasih para penyumbang!
Agihan pek iftar pada hari ke-23 Ramadan sangat meriah. Agihan ini termasuklah wang fidyah yang disalurkan kepada Syria Care untuk diuruskan di Syria. Alhamdulillah, Selesai tanggungjawab ini.
Terima kasih atas sumbangan yang anda berikan. Semoga Allah merahmati.