Hari kedua Misi Kemanusiaan Syria Care 7.0 | Hayyu At-Tanak

47217965 1950929331660562 5805875961110986752 O

Ziarah serta agihan pek makanan di Hayyu at-Tanak

Pada Jumaat 30 November 2018 kami petugas misi Syria Care memulakan hari kami dengan menziarahi sebuah penempatan pelarian Syria di al-Mina’,Tripoli Lubnan.
Penempatan ini dikenali sebagai Hayyu at-Tanak yang bermaksud perkampungan zink. Saya pada awalnya tertanya-tanya mengapa ia dinamakan begitu? Namun melihat kepada keadaan sekeliling saya mula faham. Kesemua rumah-rumah di situ berbumbungkan zink. Dan untuk mengelakkan zink terbang jika angin atau ribut datang,mereka meletakkan batu serta tayar-tayar lama di atasnya. 


Kami berkesempatan memasuki beberapa buah rumah di Hayyu at-Tanak. Kesemua rumah yang kami kunjungi mengadu keadaan buruk di rumah mereka. Bumbung rata-rata bocor menyebabkan hujan masuk dan rumah mereka menjadi basah dan lembap. Ini semua memburukkan keadaan yang telah sedialaka teruk. Cuaca sejuk sekarang ditambah dengan bumbung bocor dan lantai yang nasah atau lembap mengakibatkan ramai yang sakit. Bekalan air tiada dan mereka terpaksa menggunakan air yang ditadah ke dalam tong atau baldi.
Ya Allah…sayunya hati saya melihat keadaan hidup mereka. Kebanyakan yang tinggal di Hayyu at-Tanak telah berada di sini selama 6 tahun!
6 tahun tinggal di dalam ‘rumah’ yang sebenarnya hanya seperti sebuah stor. Malah kesemua rumah yang kami masuki tidak mempunyai pintu untuk tandas mereka! Mereka tidak mampu memperbaiki segala kerosakan yang ada. Hendak makan pun susah. Pekerjaan tidak mudah diperolehi dan dalam musim sejuk seperti sekarang pekerjaan sepeeti buruh binaan sangat sukar diperolehi.


Setiap seorang dari penduduk kawasan ini atau mana-mana pelarian sekalipun mempunyai kisah pahit yang terpaksa mereka lalui. Kisah pahit kehidupan di bawah pemerintahan regim,kisah keperitan dan kesakitan melarikan diri dan kisah kesusahan hidup yang tidak pernah tamat.
Sungguh kuat semangat mereka melalui segalanya.


Di akhir ziarah kami mengagihkan pek-pek makanan kepada 33 keluarga di sini. Setiap pek bernilai RM155 yang mengandungi minyak masak,macaroni,keju,gandum,kacang dal dan berbagai lagi makanan kering.


Sebagaimana yang saya katakan kepada mereka,” Bantuan ini mungkin tidak dapat menyelesaikan semua masalah anda tapi kami harapkan sekurang-kurangnya ia akan meringankan kesusahan yang terpaksa awak lalui”.

Hingga ketemu di perkongsian akan datang.

Siti Sakinah Meor Omar Baki,
Ketua Pegawai Eksekutif Syria Care.
Ketua Misi Kemanusiaan Syria Care 7.0

#misikemanusiaansyriacare7
#Iamahumanitarianworker
#inibukankerjamainmain
#bantuanmusimsejuk

 

[huge_it_slider id=”496″]

Kongsi Artikel Ini