Pada 20 Oktober baru-baru ini, berlangsungnya program Kempen Derma Darah anjuran Syria Care dengan kerjasama Pusat Darah Negara.
Program ini merupakan salah satu inisiatif atas rasa tanggungjawab sosial sesama rakyat Malaysia setelah menyedari keadaan tabung darah negara kita sendiri.
Selain daripada aktiviti menderma darah, pengunjung juga berpeluang untuk membeli sambil beramal di jualan amal “Jumble Sale” yang turut disediakan bagi memeriahkan lagi suasana sepanjang program ini dijalankan.
Program ini juga dihadiri oleh penyanyi dan penulis lirik lagu yang sedang meningkat naik iaitu Ikhwan Fatanna dan juga salah seorang ikon kemanusiaan SC iaitu, Ustaz Azadan Rabbani serta penulis lirik nasyid tersohor, Ito Lara.
Program ini berakhir pada jam 4.00 petang dengan jumlah penderma darah seramai 35 orang.
Semoga program sebegini dapat diteruskan bagi menggalakkan orang ramai menderma darah selain memberi sumbangan bagi mereka di Syria.
[huge_it_slider id=”452″]