Majlis Apresiasi & Aidilfitri Syria Care 1439H
Suasana sekitar Majlis Apresiasi & Aidilfitri Syria Care 1439H yang berlangsung di lobi TH Hotel Kelana Jaya pada 8 Julai 2018.
Majlis ini bermula pada jam 11 pagi sehingga 4 petang dan dihadiri lebih 200 orang tetamu bertujuan untuk meraikan Syawal sekaligus meraikan para penyumbang dan penyokong kerja-kerja kemanusiaan Syria Care selama ini.
Pengerusi Syria Care, Ustazah Siti Sakinah turut mengambil kesempatan untuk melancarkan projek #Qurban4Syria sempena musim korban tidak lama lagi dengan harga; seekor kambing : RM 1,100 dan juga sebahagian lembu : RM 900
Pihak Syria Care mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan Majlis Apresiasi & Aidilfitri Syria Care 1439H. Semoga ikatan ukhuwah yang terbina ini diredhai Allah dan mendapat dimanfaatkan untuk saudara kita di Syria.\
[huge_it_slider id=”273″]


![Kenyataan Media Syria Menuju Masa Depan Lebih Stabil Dengan Gabungan Sdf & Kerajaan Baru[1] Page 0001](https://syriacare.org.my/wp-content/uploads/2025/03/KENYATAAN-MEDIA-SYRIA-MENUJU-MASA-DEPAN-LEBIH-STABIL-DENGAN-GABUNGAN-SDF-KERAJAAN-BARU1_page-0001-scaled.jpg)