Pengerusi Syria Care iaitu Ustazah Siti Sakinah dijemput untuk berkongsi berkenaan dengan isu kemanusiaan di Syria terutamanya golongan wanita di sana.
Perkongsian yang bertajuk “Ibu-ibu Syria.. Apa khabar kalian?” ini berlangsung di Surau Ar-Rahmah Seksyen 8 Shah Alam anjuran Muslimat surau tersebut.
Sesi perkongsian ini dihadiri lebih 22 orang jemaah dan turut disiar secara langsung melalui FBLIVE di FB Syria Care – Malaysia.
Pada akhir sesi, para jemaah menyerahkan sumbangan mereka yang bernilai RM1,833.00 untuk manfaat rakyat Syria.
Terima kasih diucapkan kepada Muslimat Surau atas jemputan kali ini. Semoga Allah memberkati mereka.
[huge_it_slider id=”164″]


![Kenyataan Media Syria Menuju Masa Depan Lebih Stabil Dengan Gabungan Sdf & Kerajaan Baru[1] Page 0001](https://syriacare.org.my/wp-content/uploads/2025/03/KENYATAAN-MEDIA-SYRIA-MENUJU-MASA-DEPAN-LEBIH-STABIL-DENGAN-GABUNGAN-SDF-KERAJAAN-BARU1_page-0001-scaled.jpg)