Sekitar jam 4 hingga 6 petang hari ini, pasukan Flashmob dari Skuad Syria Care telah turun ke stesen MRT bermula dari stesen Muzium Negara sehingga ke stesen Taman Midah untuk program lapangan bertemu masyarakat bagi menyebarkan kesedaran tentang apa yang sedang berlaku di Syria.
Alhamdulillah ‘flashmob tanpa suara’ ini telah berjaya menarik perhatian pengguna MRT daripada pelbagai latar belakang negara, agama dan kaum.
Rata-rata mereka menyokong usaha ini malah mereka juga menzahirkan solidariti mereka terhadap isu krisis kemanusiaan di Syria dengan bergambar bersama placard yang mengutuk kekejaman dan penindasan terhadap rakyat Syria.
Salah seorang pengguna MRT yang telah ditemui menyatakan dirinya sebelum ini pemalu untuk bergambar di tempat awam tapi sebagai menyatakan solidaritinya kepada mereka yang berada di Syria,dia sanggup ketepikan perasaan malunya malah sangat menghargai usaha yang dijalankan oleh sukarelawan Syria Care.
Flashmob yang dijalankan selama sejam itu dapat dilaksanakan dengan jayanya tanpa sebarang ganggguan.
Terima kasih buat semua ahli Skuad Syria Care yang telah turun padang hari ini!
#SyriaCareMedia #SkuadSyriaCare #SyriaCareforhumanity
[huge_it_slider id=”163″]