Semangat yang wajib dicontohi

misi18-5

Ketika mula memasuki bandar Zamalka dan melihat rumah-rumah yang rosak dan hancur, hati saya remuk. Mata saya berkaca kerana tidak tahan menahan sedih. bandar yang pernah penuh dipenuhi manusia, kini kosong seperti bandar hantu.

Tiba-tiba mata saya terpandang kepada sekumpulan pemuda yang sedang membersihkan pembahagi jalan. Saya meminta pemandu kami untuk berhenti kerana ingin melihat mereka dari dekat.

Ketua mereka menghampiri kami. Lalu saya bertanya apa yang sedang mereka lakukan. Dia menjawab dia dan sahabat-sahabatnya yang sedang belajar di beberapa universiti pulang ke Zamalka dan membersihkan kawasan sekitar. Kejatuhan Bashaar Al Assad memberi harapan baru kepada mereka. Ada yang telah bertahun-tahun tidak pulang mengambil peluang untuk kembali. Dan mereka mengambil inisiatif untuk membersihkan bandar mereka.

Abdullah Al Dahla yang saya temui juga merupakan salah seorang yang terselamat malam serangan gas sarin dilepaskan di Zamalka 12 tahun lalu. Dia kini menggerakkan usaha-usaha kemanusiaan di bandar ini bagi memulihkan keadaan di sana. “Kami mengambil inisiatif ini untuk memulihkan kawasan sekitar Zamalka. Pemerintah yang terdahulu telah merosakkan segalanya di sini dan seluruh Syria. Tetapi dia tidak mampu mematahkan semangat kami. Kami akan kembalikan negara yang kami cinta ini kepada keadaan seperti sebelumnya atau lebih baik dari sebelumnya” Abdullah memberitahu saya.

Mewakili rakyat Malaysia, saya menghulurkan bantuan kewangan yang saya harapkan dapat membantu usaha-usaha pemulihan yang mereka lakukan.

Melihat kepada kesungguhan mereka dan rakyat Syria secara amnya saya yakin Syria satu hari nanti akan berkembang maju. Namun perjalanan itu masih jauh dan panjang. Mereka perlukan sokongan kita khusunya bagi pemulihan rumah-rumah yang rosak agar mereka boleh balik semula ke rumah mereka.

Siti Sakinah Meor Omar Baki,
Ketua Misi Kemanusiaan Syria Care 18.0,
Syria, 24 Januari 2025.

: Maybank – 5505 1424 0118
: www.syriacare.org.my/AmalAid

‘ – , , & ü’: –
: www.syriacare.org.my/Ramadan

, .
, .

Kongsi Artikel Ini