Sebaik tiba di Arsal, sahabat kami Abu Ibrahim memaklumkan kami akan tinggal di sebuah rumah di atas bukit berhampiran kem yang pernah kami ziarah tiga tahun lalu

Saya berasa sangat teruja menunggu masa kami ke sana. Melangkah masuk ke kawasan kem Ra’sus Sin hari ini, Omma disambut begitu mesra oleh kanak-kanak yang menghuninya. Omma tidak dapat menahan air mata berjumpa anak-anak yang pernah kami santuni. Apatah lagi ketika bertemu Hussein, anak yang Omma jumpa tidak memakai stokin dan kasut walaupun salji tebal […]

Sebaik tiba di Arsal, sahabat kami Abu Ibrahim memaklumkan kami akan tinggal di sebuah rumah di atas bukit berhampiran kem yang pernah kami ziarah tiga tahun lalu Read More »

Tahun ini merupakan tahun ketiga saya bertugas di Syria Care dan kali pertama dipilih untuk menyertai Misi Kemanusiaan ke Turki, Syria dan Lubnan

Sebenarnya nama saya telah dipilih dua kali sebelum ini namun misi-misi tersebut terpaksa ditunda atas banyak faktor. Perasaan saya bercampur baur bila dimaklumkan nama saya ‘naik’ sekali lagi. Teruja, gementar, gembira, takut, tak percaya semua ada.Masakan tidak, selama tempoh menjadi seorang petugas sepenuh masa di sini saban hari saya melihat gambar dan video segala keperitan

Tahun ini merupakan tahun ketiga saya bertugas di Syria Care dan kali pertama dipilih untuk menyertai Misi Kemanusiaan ke Turki, Syria dan Lubnan Read More »

Merenung ke arah tembok sempadan di antara Turki dan Syria

Bahagian atas bukit itu Syria. Yang bawah Turki. Di awal konflik berlaku, urusan keluar masuk ke Turki tidaklah terlalu rumit. Namun sekarang tidak lagi.Malah sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sesiapa sahaja yang cuba untuk memasuki Turki melalui cara haram dengan menyeberangi tembok ini, akan ditembak dengan peluru hidup. Teringat suara tembakan yang Omma dan tim

Merenung ke arah tembok sempadan di antara Turki dan Syria Read More »

Cabaran untuk menyertai Misi Kemanusiaan Syria Care 13.0 bermula dari Malaysia lagi

Hampir setiap hari selama seminggu perkataan yang saya sering ulang kepada anak sulung saya Raid Iffat 3 tahun adalah “Babah kerja jauh, balik lambat, Raid tidur dengan ibu”.Kali terakhir saya menyertai misi, saya masih bujang. Jadi kali ini cabaran emosinya lebih.Ini adalah kali pertama saya tinggalkan si kecil ini dan ibunya lebih dari 3 hari

Cabaran untuk menyertai Misi Kemanusiaan Syria Care 13.0 bermula dari Malaysia lagi Read More »

Berpisah dari keluarga di Malaysia, dan bertemu dengan keluarga di Istanbul

7 tahun lalu sewaktu suami Omma keluar untuk solat subuh di sebuah masjid di Reyhanli, Turki Ustaz berjumpa dengan seorang rakyat Syria.Ketika itu, Ustaz ke sana kerana ingin membawa pulang dua orang anak Omma yang menjalani proses hafazan Quran. Usai solat, seorang pakcik Syria menegur Ustaz. Bila dia dapat tahu Ustaz dari Malaysia dia begitu

Berpisah dari keluarga di Malaysia, dan bertemu dengan keluarga di Istanbul Read More »