Pakaianku Mendahuluiku Ke Syurga

pakaianku mendahuluiku ke syurga

Allahu Akbar!
Berita gembira buat semua penyumbang dan para sukarelawan!
Kalian masih ingat akan Kempen Pakaianku Mendahuluiku Ke Syurga (3) yang telah kami lancarkan dalam bulan Ramadhan dan Syawwal yang lepas? Kami telah menghantar 2 kontena yang berisi lebih dari 700 kotak berisi pakaian-pakain yang telah disedekahkan oleh orang ramai.          pakaianku mendahuluiku ke syurga      pakaianku mendahuluiku ke syurga     pakaianku mendahuluiku ke syurga      pakaianku mendahuluiku ke syurga

Kami pasti ramai di kalangan anda merupakan penyumbang pakain-pakaian tersebut. Dan masih ingatkah lagi ketika kita sama-sama melipat pakaian-pakaian tersebut di gudang kami di Glenmarie? Dalam gudang yang serba kekurangan itu kita bekerja bersungguh-sungguh agar bantuan ini sampai kepada mereka yang memerlukan.

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.

Baju-baju itu telah sampai ke dalam Syria dengan selamat!
Allahu Akbar!
Gambar-gambar berikut diambil ketika proses pembahagian pakaian-pakaian tersebut di Markaz Al-Ahbab Lidda’wah Wal Irsyad di Idlib.Beberapa kawasan lain dikenalpasti untuk pembahagian pakaian-pakain ini.
Lihatlah gelagat mereka mencuba pakaian-pakaian yang telah disumbangkan.
Lihatlah senyuman-senyuAman mereka.
Bayangkan kehangatan yang telah anda beri kepada mereka dalam musim sejuk ini.
Barakallahu lakum jami’an buat semua penyumbang dan sukarelawan.
Semoga Allah menerima usaha ini dan menjadi asbab untuk kita menghuni Syurganya. Ameen.

Kongsi Artikel Ini