Jangan biarkan dia tidur, nanti dia mati!

misi18-3

Malam 21 Ogos 2013, Tahani dan keluarga sedang tidur di rumah mereka. Dia tiba-tiba terjaga kerana bau kuat yang menyusuk hidung. Nafasnya berat namun dia gagahkan diri mengejut suami dan anak-anak-nya.
”Bangun cepat! Mereka jatuhkan gas ke atas Zamalka!”

Lalu Tahani dengan susah payah membawa anak-anaknya menaiku kereta. “Cepat kita kena keluar dari sini segera! Udara di sini sudah tidak selamat!” Suaminya memberi arahan.

Tahani hampir tidak sedar beberapa kali. Namun suamniya yang juga berusaha keras untuk terus mengejutkannya “Tahani jangan tidur! Dan pastikan anak-anak agar tidak tidur kalau tidak kita semua boleh mati!”

Begitulah cemasnya keadaan pada waktu itu. Ramai yang sedang tidur terus tidak bangun. Kematian mereka tanpa darah. Yang terjaga berusaha keras untuk bernafas tetapi setiap nafas yang diambil membawa mereka makin hampir dengan kematian.

#breathingdeath begitulah hashtag yang pernah dibuat menggambarkan keadaan mereka. 12 roket membawa gas sarin dilepaskan jam 2 pagi mengakibatkan lebih 1,500 orang terbunuh.

Yang masih hidup dibawa ke hospital dan disiram air untuk membersihkan diri dari kimia sarin yang dihantar dengan roket ke arah mereka. Masih terbayang di mata beberapa video yang pernah saya tonton keadaan kanak-kanak dan mangsa lain tercungap-cungap seperti ikan yang keluar dari air. Sungguh menyedihkan.

Apa pun yang saya tulis dan ceritakan tidak akan dapat menggambarkan keadaan sebenar malam itu yang masih segar dalam ingatan setiap penghuninya yang masih hidup sehingga kini.

Tahani yang saya jumpa, batuk-batuk tanpa henti. “Ini semua kesan sarin, pembakaran kayu api, debu dan segala macam kesukaran yang saya lalui selama 14 tahun. Alhamdulillah ala kulli hal”

Tahani dan keluarganya tetap kekal di Timur Ghoutah, berpindah-randah dari satu tempat ke satu tempat lain semata-mata untuk hidup. Susahnya mereka hidup tanpa keperluan mereka dipenuhi sukar untuk saya bayangkan. Saya macam tidak boleh gambarkan bagaimana mereka masih hidup.

”Insya Allah walau luka kami masih basah, perit dan sakit tapi kami yakin masa hadapan kami akan lebih cerah”

Kalau begitu keyakinan mereka, siapakah kita untuk mempertikaikannya.

Siti Sakinah Meor Omar Baki,
Ketua Misi Kemanusiaan Syria Care 18.0,
Syria, 27 Januari 2025.

: Maybank – 5505 1424 0118
: www.syriacare.org.my/AmalAid

‘ – , , & ü’: –
: www.syriacare.org.my/Ramadan

, .
, .

Kongsi Artikel Ini