Travelog MKSC 6.0 : Keadaan di Syria

4

Foto ini adalah dari lensa kamera telefon peribadi saya. Tidak tertahan hati ini melihat kemusnahan dan kehancuran yang berlaku.

Bagaimana agaknya mereka masih mampu dan berdaya untuk meneruskan kelangsungan hidup dalam keadaan sebegini. Saya sendiri belum cukup semangat dan kekuatan untuk mengharunginya.

Benarlah firman Allah, manusia tidak diuji melainkan dalam kemampuannya.

Ini hanya satu foto yang saya kongsi. Banyak lagi yang tersimpan. Itu tidak termasuk lagi yang terrakam dalam kotak fikiran saya.. Allahu

Saya hanya mampu berdoa. Berdoa agar mereka terus diberi kekuatan untuk hidup dan berjuang. Berdoa agar mereka senantiasa Allah pelihara.

Bersyukurlah kita dengan keadaan dan kehidupan kita hari ini. Meskipun tidak diuji seperti mereka tetapi hati dan iman kita diuji akan kesanggupan kita membantu dan menyantuni mereka.

Nurdieana Mohd Mardzi
17/5/2018
Perjalanan ke Pinggiran Utara Aleppo

Kongsi Artikel Ini