Cabaran untuk menyertai Misi Kemanusiaan Syria Care 13.0 bermula dari Malaysia lagi

Hampir setiap hari selama seminggu perkataan yang saya sering ulang kepada anak sulung saya Raid Iffat 3 tahun adalah “Babah kerja jauh, balik lambat, Raid tidur dengan ibu”.

Kali terakhir saya menyertai misi, saya masih bujang. Jadi kali ini cabaran emosinya lebih.

Ini adalah kali pertama saya tinggalkan si kecil ini dan ibunya lebih dari 3 hari untuk tujuan tertentu. Anak ini sedang belajar menerima hakikat yang saya berkidmat dengan badan amal dan adakalanya dia terpaksa ditinggalkan demi tugas.

Situasi yang sama juga dilalui oleh rakan-rakan yang lain apabila senarai nama petugas diumumkan.

Namun begitu, kami masih ada peluang ‘bertemu’ keluarga dengan adanya teknologi.

Tidak bagi anak-anak Syria. Ramai telah terpisah dari ayah dan ibu akibat peperangan samada akibat kematian mahupun hilang dan lain-lain sebab.

Teknologi pun tidak mampu menemukan mereka kembali.

Kita ada pilihan sama ada bantu atau doakan kesejahteraan mereka.
Saya pilih untuk bantu. Anda bagaimana?

Khairul Zaem
31/3/2022

Kongsi Artikel Ini