Saat tiba di Syria

misi18-1

Usai tugasan kami di Tripoli, Lubnan selesai, kami memulakan perjalanan ke Syria. Perjalanan tiga jam itu melalui Beirut, seterusnya jalan berbukit dengan pemandangan menakjubkan.

Pagi itu cuaca sejuk dari hari sebelumnya. Pengalaman saya, cuaca sering berubah-ubah. Ada hari kurang sejuknya. Ada hari sejuknya sampai ke tulang. Tapi kurang sejuk bukan makna boleh makan baju seperti di Malaysia. Baju thermal, baju wool dan jeket tetap kena pakai. Kalau tidak memang cari penyakit.

Menghampiri sempanan Lubnan-Syria jalan yang sempit, sesak dengan kereta. Kiri kanan orang parkir. Tentunya urusan keluar masuk negara.

Kami turun dari van dan berjalan ke pejabat imigresen. Kelihatan ramai yang sudah beratur jadi kami masuk barisan. Dua orang tim misi yang lelaki lepas. Saya lepas. Tapi dua lagi ahli misi tergedala! Sistem komputer hang!

Kami pun pergi ke lorong sebelah yang kosong. Tunggu dan tunggu. Akhirnya, dua passport dihulurkan. Alhamdulillah selesai. Kami pun bergerak menuju ke van untuk menurunkan beg-bega pakaian lalu berjalan dan 200m melepasi pagar sempadan ke arah kereta yang sedang menunggu.

“Welcome to Syria!”

Begitu pemandu van menyambut kami. Ramah orangnya dan kami pun berbual. Beliau menceritakan laluan yang kami lalui itu tidak dipunyai Lubnan mahupun Syria. Kawasan sepanjang 5km itu; no-mans-land atau buffer land.

Kami meneruskan perjalanan ke Imigresen Syria. Kami masuk seterusnya mengisi borang dan keluar naik van semula.

Pemandu melalui satu check point di mana dia dikehendaki memberi namanya dan nombor plat kereta. Lalu mereka berbalas senyuman sambil mengucapkan “الله يعطيك العافية”

Pemandu kami berkata, kalau dahulu pegawai pemerintahan terdahulu akan bercakap kasar dan maki hamun serta meminta duit kopi. Tapi dengan kerajaan baru tidak lagi. Semua saling menghormati.

Tidak jauh dari situ, kami ternampak Sheikh Samir pengasas Syria Care sudah menunggu kami. Bersamanya sahabat-sahabat kami yang lain. Hati gembira perjalanan yang begitu jauh hampir ke lokasi yang dituju.

Setiap seorang dari kami menerima mafla bendera atthaurah. Bendera keramat lambat perjuangan rakyat Syria menentang pemerintah yang zalim.

Suatu masa dahulu, pemakaian bendera ini menerima kecaman hebat. Syukur kini, kami boleh memakainya tanpa ragu!

Siti Sakinah Meor Omar Baki,
Ketua Misi Kemanusiaan Syria Care 18.0,
Syria, 22 Januari 2025.

: Maybank – 5505 1424 0118
: www.syriacare.org.my/AmalAid

‘ – , , & ü’: –
: www.syriacare.org.my/Ramadan

, .
, .

Kongsi Artikel Ini