Zardana bermandi darah

Untitled
Dua kanak-kanak antara 18 yang disahkan maut selepas pesawat Rusia melancarkan serangan udara ke atas Zardana yang terletak di barat laut Idlib, Syria.
Syrian Observatory for Human Rights (SOHR) mengesahkan dalam serangan pada 7 Jun itu, lebih 50 yang lain cedera apabila bom yang digugurkan mengenai kawasan kediaman.
Angka korban dijangka meningkat kerana sebahagian mangsa dilapor masih tertimbus di bawah runtuhan.
Wakil agensi berita AFP melaporkan kesan letupan mengakibatkan kawah besar dan beberapa bangunan berhampiran turut retak.
Dalam perkembangan berasingan, SOHR mengesahkan 12 anggota kumpulan IS terbunuh ketika melancarkan serangan di wilayah Sweida
Jurucakapnya Rami Abdel Rahman berkata, ia mengejutkan kerana kumpulan berkenaan tiada di situ sejak lebih setahun lalu.
SOHR juga melaporkan 22 tentera pro kerajaaan termasuk sembilan rakyat Iran dan kumpulan Syiah beserta dua penyerang yang tidak dikenalpasti identiti terbunuh dalam satu lagi pertempuran di kawasan lain.
IS meningkatkan serangan ke atas kedudukan tentera regim Bashar al Assad dan sekutunya selepas diusir keluar dari kubu kuat mereka berhampiran Damsyi pada Mei lalu.
Angka terbaru itu menjadikan lebih 184 tentera kerajaan dan konco-konconya berjaya dibunuh dalam tempoh dua minggu selepas IS melancarkan kempen serangan di seluruh Syria bermula 22 Mei lalu. Dalam tempoh yang sama sekurang-kurangnya 92 anggotanya dilapor turut maut.
 
Razali Awang
Media Syria Care

Kongsi Artikel Ini