YPG: Turki lancar operasi baru

18.12

Turki akan melancarkan operasi kententeraan baru di utara Syria pada bila-bila masa bagi menghapuskan ancaman pengganas Kurdish, Kurdish People’s Protection Units (YPG).

Presiden Recep Tayyip Erdogan berkata, beliau sendiri telah bercakap mengenai perkara itu dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

“Saya telah bercakap dengan Trump. Pengganas perlu keluar dari bahagian timur Euphrates. Sekiranya mereka enggan pergi kami akan halau mereka,” tegas beliau dalam ucapan tevisyen ketika berada di Konya.

Erdogan berkata, selaku rakan strategik, Amerika Syarikat perlu melakukan apa yang patut.

Meskipun YPG dikategori sebagai pengganas oleh Ankara, tetapi ia dilapor mendapat sokongan dari White House.

Jelas beliau lagi, rakan sejawatnya juga telah bersetuju untuk memastikan penyelarasan lebih berkesan antara kedua negara berhubung operasi ketenteraan di Syria.

YPG adalah serpihan Kurdistan Workers’ Party (PKK) yang dituduh bertanggungjawab membunuh lebih 40,000 mangsa sepanjang kempen kegasanan di Turki sejak 1984.

Awal tahun ini, Turki melancarkan Operasi Olive Branch di kawasan yang sama dan berjaya membebaskan Afrin dari cengkaman YPG.

Bagaimanapun keadaan kembali tegang susulan siri serangan bom kereta termasuk terbaru di pasar Al Hal, Afrin yang meragut sekurang-kurangnya lapan nyawa. /Gambar AP.

Razali Awang Media Syria Care

Kongsi Artikel Ini