Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Bantuan Musim Sejuk untuk Syria yang dihantar terus dari China ke Syria adalah hasil daripada sumbangan dana rakyat Malaysia telah sampai dan diagihkan kepada mereka yang memerlukan.
Seperti yang telah sedia maklum, pakaian ini merangkumi jeket, sarung tangan, kasut but, baju sejuk dan stokin. Terima kasih tidak terhingga kepada seluruh rakyat Malaysia dan semua yang terlibat dalam usaha membantu meringankan kesulitan hidup mereka.
Alhamdulillah, Admin bersyukur segala penat lelah akhirnya membuahkan hasil. Dengan hanya melihat senyuman mereka, ia sudah memadai. Sudah pasti kalian juga merasakan perasaan yang sama. InsyaAllah.