Pemimpin Arab yang menghadiri Sidang Kemuncak Liga Arab di Arab di Dhahran, Arab Saudi tidak membincangkan mengenai serangan udara yang diketuai Amerika Syarikat ke atas Syria berhubung penggunaan senjata kimia ke atas orang awam di kawasan yang dikuasai kumpulan penentang di negara itu.
Menurut laporan Al Jazeera, pemimpin yang hadir akan membincangkan konflik yang berlaku tetapi tidak akan menyentuh mengenai serangan berhampiran Damsyik dan juga perkembangan terkini di Homs.
Menurut penganalisis kanan politik Al Jazeera, Marwan Bishara, ia amat pelik kerana serangan terbaru itu tiada dalam agenda.
“Ia apa yang kamu panggil sidang kemuncak yang tidak berpijak di bumi nyata,”katanya.
Mengulas lanjut mengenai sidang kemuncak kali ini, Marwan mempersoal kewibawaan pemimpin Arab untuk berusaha bagi menyelesaikan konflik serantau yang berlaku.
“Kita tidak pernah melihat dunia Arab dalam bentuk yang buruk dengan kepimpinan tidak dapat mengatasi cabaran yang dihadapi dunia Arab. Sehingga begitu banyak titik perdebatan yang pemimpin Arab tidak sepakat tidak diletakkan dalam agenda. Manakala yang mereka sepakat diletakkan dalam agenda,”bidasnya.
Sidang kemuncak yang bermula pada Ahad itu juga tidak membincangkan mengenai pemulauan Negara Teluk terhadap Qatar.
Bahkan ia langsung tidak termasuk dalam agenda.
“Ia bukan masalah besar, Ia masalah yang amat kecil,” kata Menteri Luar Arab Saudi, Adel al Jubeir.