WANG BANTUAN SYRIA HILANG?

Nintchdbpict000212868299
Sumbangan derma yang dikumpul Pertubuhan Bukan Kerajaan-NGO, Aid Convoy untuk membantu rakyat Syria yang dirampas oleh polis Britain didakwa telah diambil anggota bertugas.
 
Dalam laporannya, middleeasteye.net melaporkan wang tunai berjumlah £107,000 atau AS143,000 telah diambil daripada konvoi ketika ia cuba melepasi pelabuhan Dover, di Selatan England pada 2014 kerana dipercayai akan digunakan untuk membiayai keganasan di Syria.
 
Susulan rampasan itu, 9 lelaki telah ditahan dan siasatan selanjutnya turut menemukan £41,000 atau AS$55,000 wang tunai di kediaman anggota berkenaan.
 
Bagaimanapun selepas dua tahun, status wang yang dirampas masih menjadi misteri dan siasatan mengenainya telah ditutup tanpa ada sebarang pendakwaan ke atas mereka yang sebelum ini ditahan pihak berkuasa.
 
Kecewa dengan apa yang berlaku, bekas pemegang amanah Aid Convoy, Usman Ali, berusaha untuk mengesan semula dana kebajikan yang dirampas.
 
 

Kongsi Artikel Ini