Projek Wakaf Perumahan Pelarian Syria, Kampung Malaysia Syria Care (WKMSC) telah dibangunkan di Al Bardaqli, utara Syria. Ia adalah projek eksklusif yang dibangunkan oleh Syria Care hasil wakaf yang disumbangkan orang ramai. Pembinaannya telahpun bermula sejak April 2020.
Sehingga kini, lebih 90 peratus keseluruhan prasarana di WKMSC telah dibangunkan.
Sebanyak 272 unit rumah dibina lengkap dengan sistem bekalan air bersih dan sistem saluran pembentungan sisa kumbahan. Anggaran mampu memberi manfaat kepada lebih 1,300 orang ahli keluarga. Penghuni WKMSC terdiri dari kalangan warga emas, ibu tunggal dan anak yatim, petugas pusat perubatan dan sekolah juga dari kelangan keluarga yang susah.
Kawasan penempatan ini juga dilengkapi dengan 3 buah institusi pendidikan utama masyarakat iaitu tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah. Kesemuanya mampu memberi manfaat kepada lebih 1000 orang pelajar termasuk pelajar dari luar kawasan penempatan. Silibus pendidikan di sini telah diiktiraf oleh pihak berkuasa tempatan bahawa adalah yang terbaik di daerah itu.
Masjid
Kiosk Perniagaan
Pusat Perubatan
Telaga air ini digali sedalam 625 meter bagi mendapatkan punca mata air yang sesuai diminum serta mencukupi bagi kegunaan semua penghuni di Wakaf Kampung Malaysia ini. Air dari bawah tanah dipam naik ke atas tangki menggunakan pam motor yang dikuasakan oleh tenaga solar. Namun ketika musim sejuk enjin diesel diperlukan untuk menggerakkan pam motor tersebut.