UTARA HOMS SELEPAS TIMUR GHOUTA

WhatsApp Image 2018-04-18 at 07.28.53

Regim Bashar al Assad dan sekutunya meningkatkan serangan ke atas kawasan utara Homs, antara saki baki kawasan yang masih dikuasai kumpulan anti kerajaan.

Operasi darat dan udara dilakukan dengan intensif selepas Timur Ghoutah diisytihar jatuh sepenuhnya ke tangan mereka pada minggu lalu.
Menurut laporan Anadolu, sejak empat hari lalu, tentera regim berjaya menguasai kampung Wadi al Hubbiya, Wadi al Qurbat, Ard al Jassiya, Ard Kabir al Sheyha, Zahrat Jebabi dan Zahrat Jassiya.

Bagaimanapun laporan yang kemudian dipetik TRT World, ia tidak menyatakan jumlah sebenar kematian dan kecederaan di kalangan orang awam.

Dalam operasi daratnya, daerah Teblise dan Rastan Deir Ful, Kem Malluk, Musrefiya, Zarafani dan Tirmala yang mempunyai kepadatan populasi yang tinggi telah menjadi sasaran roket dan serangan hendap.

Menurut sumber tempatan, objektif utama serangan adalah bagi menguasai sepenuhnya Lebuhraya Salamiya yang menghubungkan utara Aleppo ke utara Homs.

Jika ia berjaya ditawan, ia bermakna tentera kerajaan dan konco-konconya berjaya menguasai 600 kilometer persegi kawasan yang pada masa sekarang masih dikuasai kumpulan anti kerajaan.

Sama seperti penduduk Timur Ghoutah, orang awam yang berada di utara Homs telah dikepung sejak lebih lima tahun lalu.

Kongsi Artikel Ini