TURKI DESAK SEKUTU SYRIA BERTINDAK

Part-NIC-Nic6440583-1-1-0
Rusia dan Iran diminta mendesak Presiden Bashar al Assad mengakhiri keganasan di Idlib.
 
Perkara itu ditegaskan Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu, yang mengkritik operasi ketenteraan tentera regim dan sekutunya di kawasan yang bersempadan dengan wilayahnya sebelum ini diisytihar sebagai zon bebas perang.
 
Beliau memberi amaran perkembangan yang sedang berlaku akan merosakkan proses untuk mencari penyelesaian politik di negara itu.
 
Menurut laporan yang dipetik melalui TRT World, Cavusoglu menempelak Bashar dan sekutunya menggunakan alasan menyerang Al Nasra wal hal perbuatan itu sebenarnya telah mensasarkan kumpulan pembangkang yang sederhana.
 
Keadaan di kawasan berkenaan semakin kritikal selepas askar kerajaan mara lebih jauh ke dalam wilayah Idlib dan cuba menguasai semula Pengkalan Udara Abu Zohour.
 
Usaha menawannya dibuat bagi memastikan laluan Damsyik-Aleppo yang merentasi Idlib yang dikuasai kumpulan penentang pada 2015, dibuka semula sekaligus membantu kekuatan logistik dalam usaha menghapuskan penentangan kumpulan anti kerajaan.
 
Operasi udara dan darat menyebabkan lebih 90 orang awam dan beratus yang lain cedera sepanjang tiga minggu lalu.
 
Razali Awang
Media Syria Care

Kongsi Artikel Ini