TUJUH PESAWAT RUSIA MUSNAH

dpa-story: Russia in Syria
Sekurang-kurangnya tujuh pesawat Rusia musnah diserang kumpulan penentang anti kerajaan Presiden Bashar al Assad di Pengkalan Udara Khmeimim, Syria.
 
Kesemua pesawat berkenaan telah ditembak pada 31 Disember lalu.
 
Bagaimanapun berita kejadian itu tidak dilaporkan sehinggalah akhbar harian Rusia, Kommersant mendedahkan kepada orang ramai kejadian yang berlaku dengan memetik dua sumber dua diplomatik tentera yang dirahsiakan.
 
Sekurang-kurangnya, empat buah pesawat pengebom Su-24, dua jet pejuang Su-35S dan sebuah pesawat pengangkut An-72 transport serta depoh peluru telah musnah akibat terkena tembakan mortar.
 
Dalam serangan itu, lebih 10 anggota yang bertugas dilapor mengalami kecederaan.
 
Sekiranya benar, ia menjadi tamparan besar kepada Rusia kerana telah menyebabkan kehilangan besar pesawat udaranya sejak terbabit secara langsung dengan serangan udara di Syria sejak 2015.
 
Menurut Kommersant, Kementerian Pertahanan Rusia enggan memberi sebarang komen mengenai kejadian berkenaan.
 
Reaksi yang sama juga diberikan kepada Reuters ketika cuba mendapatkan pengesahan serangan itu.
 
Bagaimanapun selepas laporan mengenai serangan di Pengkalan Udara Khmeimim, media pro Kremlin, RT melaporkan ia adalah palsu.
 
 

Kongsi Artikel Ini