TRUMP SEDIA SERANG BASHAR

syria_rockets.jpg.size.custom.crop.1086x722
Pentadbiran White House mendakwa regim tentera Bashar al Assad dan sekutunya sedang membangunkan kaedah baru untuk melancarkan serangan senjata kimia ke atas kawasan yang masih dikuasai kumpulan penentang.
 
Dakwaan itu dibuat salah seorang pegawai kanan Amerika Syarikat dan kemudian disiarkan The Washington Post.
 
“Kami nampak tuduhan secara jelas mengenai bentuk senjata baru yang berupaya dikeluarkan yang dikaitkan dengan senjata gas sarin dan klorin,” katanya.
 
Dalam taklimat kepada wartawan, pegawai yang enggan namanya didedahkan berkata, Presiden Donald Trump bersedia untuk mengambil tindakan ketenteraan kepada Bashar sekiranya perlu bagi menghalang penggunaan senjata kimia ke atas rakyat Syria.
 
” Presiden telah tunjukkan pada April lalu, dia bersedia untuk melihat banyak pilihan dan menggunakan kekuatan ketenteraan sesuatu yang beliau sedang pertimbangkan,” petik laporan The Washington Post.
 
Sejak awal tahun ini, lebih 16 senjata kimia dilancarkan tentera Bashar dan sekutunya ke atas kawasan yang masih dikuasai penentang termasuk di Douma, Timur Ghoutah.
 
 
 

Kongsi Artikel Ini