Inilah Ahmad, anak OKU yang saya dan petugas Misi Kemanusiaan Syria Care ziarahi tempoh hari.
Melihat keadaannya yang sentiasa diikat membuatkan kami semua tidak dapat menahan sebak. Walaupun sudah berumur 45 tahun, dia masih tidak dapat menjaga dirinya sendiri. Namun, apa pilihan yang ibu bapanya ada?
Dia terpaksa diikat untuk keselamatan dirinya kerana dia akan makan apa saja di sekelilingnyatermasuk batu dan pasir. Malah, lima adik beradiknya yang lain juga OKU namun tidak seagresif Ahmad.
Bayangkan, kedua suami isteri tua ini terpaksa menjaga anak-anak syurganya dengan kudrat yang tidak seberapa ditambah kos perubatan yang agak tinggi. Malah mereka juga hanya tinggal di dalam khemah yang uzur dan daif setelah menjadi pelarian di Kem An Nour.
Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, saya merayu kepada semua rakyat Malaysia untuk menyumbang meringankan bebanan pelarian Syria kerana sumbangan anda amat bermakna buat mereka.
Athirah Zaharudin
5 Mei 2019
Pereka Grafik Syria Care
Azaz, Syria