Perjalanan Misi Kemanusiaan Syria Care 9.0 telah sampai ke penghujungnya. Tapi, entah kenapa hati ini rasa sayu dan sebak. Kami sudah membuat persiapan untuk kembali ke tanah air. Namun, entah kenapa, seperti ada yang telah menyimpul hati ini.
Mungkin inikah yang dinamakan cinta?
Hati saya berbunga tatkala melihat wajah-wajah yang penuh dengan senyuman meskipun tersimpan ribuan kedukaan.
Mereka tidak mengharap bulan dan bintang, cukup sekadar mengharapkan belas ihsan dari insan-insan diluar sana.
Anak-anak ini mesra dan ramah apabila disapa. Saya bertanya “apa cita-cita kamu?”
Jawapan mereka membuat hati saya lagi bertambah sebak.
“ingin kembali bersekolah.” dan
“saya nak bantu ibu dan ayah”.
Pelbagai lagi jawapan yang cukup menyentuh sanubari ini.
Sungguh saya tak sanggup melihat anak-anak ini membesar dengan serba kekurangan. Bagaimana mereka ingin mencapai cita-cita mereka jika dalam keadaan serba kekurangan?
Keperitan hidup yang mereka lalui mengajar saya erti bersyukur dengan apa yang dimiliki. Keperitan ini jugalah menjadi pembakar semangat para petugas Syria Care untuk terus membantu mereka!
Barangkali..inilah yang dinamakan cinta….
Fayyadh
Petugas Misi Kemanusiaan Syria Care
Arsal, Lubnan