Travelog MKSC 9.0: 1 pek makanan untuk 1 keluarga pelarian

11

Semalam 13 Mei 2018, petugas misi berangkat ke Tripoli untuk mengagihkan sumbangan ke dalam kem-kem di sini. Kehadiran kami disambut dengan meriah oleh para pelarian disini.

Ada yang datang bersama anak-anak yang masih kecil dan sanggup beratur dalam cuaca yang agak panas demi 1 pek makanan untuk digunakan pada bulan Ramadan. Saya ulangi, SATU pek makanan sahaja. Nampak macam tak berbaloi kan?

Tapi itulah hakikatnya!

Ini menunjukkan bahawa betapa terdesaknya mereka untuk mendapatkan pek makanan walaupun peruntukkan hanyalah 1 pek untuk setiap keluarga.

Jumlah pek makanan yang kami bawa adalah sebanyak seribu lebih. Tapi itupun masih tak mencukupi untuk menampung para pelarian yang semakin ramai.

Bayangkan apa yang kita rasakan jika kita di tempat mereka??

Kami hanya mampu untuk bantu sedaya yang boleh.

Oleh itu, marilah kita teruskan menyumbang agar bantuan sebegini dapat diteruskan lagi.

Athirah Zaharudin
13 Mei 2019
Pereka Grafik Syria Care
Misi Kemanusiaan Syria Care 9.0

Kongsi Artikel Ini