Sehingga 7 Januari 2018, lebih 159 penentang dan tentera regim Presiden Bashar al Assad terbunuh dalam pertempuran di Harasta, Timur Ghoutah sejak 29 Disember tahun lalu.
Ia tercetus selepas askar kerajaan melancarkan operasi bagi menyelamat lebih 200 rakan mereka yang terperangkap di Pengkalan Tentera Darat Mukarabat.
Usaha membebaskannya yang membabitkan pasukan tentera elit dan dibantu jet pejuang Rusia dilapor berjaya dibuat pada Ahad.
Selain stesyen televisyen pro kerajaan Al-Ikhbariya, pengesahan yang sama turut akui Syrian Observatory for Human Rights (SOHR).
Bagaimanapun kumpulan penentang mendakwa berjaya menjadikan sebilangan askar kerajaan sebagai tebusan.
Sehingga 3 Januari lalu, White Helmets mengesahkan sekurang-kurangnya 38 nyawa orang awam telah melayang manakala hampir 200 yang lain cedera akibat serangan tentera regim dan sekutunya.
Berikutan serangan tanpa henti, angka sebenar korban dan kecederaan dipercayai lebih tinggi kerana kawasan penempatan penduduk telah dijadikan sasaran serangan oleh tentera kerajaan dan sekutunya, Rusia.