TAZKIRAH JUMAAT BERSAMA PU TAHA

7cb62e5f D3e2 499b B6b7 6e06802047c9

12 Julai 2019

Sempena Jumaat yang mulia ini, Syria Care berkesempatan untuk menjemput Dr. Taha Mohd Omar atau lebih mesra dikenali sebagai PU Taha untuk menyampaikan perkongsian bersama warga kerjanya.

Perkongsian yang berlangsung selama satu jam di SC Shoppe ini berkisar tentang ‘Korban dan Kerjaya’ yang mana sangat sinonim dengan gerak kerja di Syria Care.

Pada akhir pertemuan ini, Ustazah Siti Sakinah selaku Pengerusi Syria Care mengambil peluang untuk berkongsi tentang isu di Syria dan aktiviti-aktiviti kemanusiaan yang dijalankan oleh Syria Care kepada PU Taha.

Alhamdulillah.

Syria Care mengucapkan terima kasih kepada PU Taha kerana sudi meluangkan masa bersama Syria Care pada hari yang penuh berkah ini.

Semoga Allah menilainya dengan nilaian ibadah.
#syriacareevents #syriacaremedia

Kongsi Artikel Ini