Tangguh lagi…

scdsf
Konvoi kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bersama Syrian Arab Red Cresent (SARC) yang sepatutnya memasuki kem Rukban pada minggu ini tertangguh lagi.
 
Pengesahan itu dibuat Penyelaras Kemanusiaan PBB bagi Syria Ali Za’atari dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa,
“Keputusan untuk menangguhkan konvoi kemanusiaan yang dijadual pada 27 Oktober 2018, berdasarkan maklumat yang diperolehi wujud ancaman terhadap keselamatan,” katanya.
 
Menurut beliau lagi, perbincangan telah berjalan bagi mengenalpasti cara untuk menghantar bantuan dan pada masa sama memastikan keselamatan pekerja kemanusiaan terjamin.
 
Isnin lepas, Ketua Bantuan PBB, Mark Lowcock berkata konvoi bersama yang bergerak dari Damsyik bagi menghantar bantuan kepada lebih 50,000 pelarian yang turut membawa bekalan vaksinasi untuk 10,000 kanak-kanak terpaksa ditangguh kerana laluan yang diguna dikatakan tidak selamat.
 
Keadaan di kem yang berada di sempadan Jordan dan Iraq dilapor semakin kritikal kerana bekalan makanan dan ubat-ubatan terputus sepenuhnya sejak dua minggu lalu selepas tentera regim Bashar al Assad dan sekutunya menyekat semua laluan masuk ke situ.
 
Kali terakhir bantuan kemanusiaan masuk ke kem berkenaan, pada Januari lalu, itupum melalui Jordan.
 
Sebelum ini, bagi mengelak kelaparan selepas dikepung, bekalan diseludup masuk menggunakan laluan tikus dari kawasan yang dikuasai tentera regim.
 
Razali Awang
Media Syria Care

Kongsi Artikel Ini