TANDATANGAN MOU SYRIA CARE BERSAMA SAYYIDATI COSMETIC

0001

Telah berlangsung sesi tandatangan perjanjian MoU antara Syria Care dan satu jenama kosmetik patuh syariah yang sedang meningkat naik iaitu Sayyidati Cosmetic.

Kerjasama ini menentukan 20% daripada hasil jualan barangan Sayyidati Cosmetic di portal niaga Souqina.my akan terus disalurkan ke tabung Syria Care.

Disamping itu, pihak pengurusan kosmetik ini juga turut mendermakan RM1.00 bagi setiap produk mereka sekiranya pembeli membeli secara terus dengan mereka.

Kempen ini dijalankan mulai sekarang sehingga hujung Ramadan dan setiap pembelian yang bernilai RM123 layak mendapat hadiah pelayaran persiaran/’cruise’ mengikut terma dan syaratnya.

Kerjasama yang direncanakan ini tidak lain tidak bukan hanyalah salah satu usaha untuk mencari dana bagi membantu rakyat Syria yang sangat memerlukan apatah lagi Ramadan semakin hampir..

Jadi, jangan tunggu lagi..

Inilah masanya untuk anda cantikkan diri anda atau pasangan dengan membeli sambil menderma di https://souqina.my/ 

[huge_it_slider id=”162″]

 

Kongsi Artikel Ini