TADIKA ULFAH, SELATAN DAMSYIK I MAC 2018

0009

Rakyat Syria mempunyai tarikh khas untuk menyambut Hari Guru.

Foto-foto yang anda lihat ini adalah sambutan hari guru di Tadika Ulfah yang ditaja sepenuhnya oleh rakyat Malaysia melalui Syria Care.

Lihatlah wajah gembira anak-anak comel ini ketika berpeluang menikmati potongan kek bersama rakan-rakan mereka.

Tadika Ulfah yang terletak di Yalda, Selatan Damsyik Syria ini mempunyai lebih kurang 85 pelajar.

Para pelajarnya dapat mempelajari ilmu-ilmu asas seperti mengenal huruf dan perkataan Arab dan juga bahasa Inggeris, surah-surah dalam Al-Quran dan Hadits Nabi Muhammad SAW, haiwan dan juga pelajaran sains interaktif yang disokong oleh ilustrasi.

Semua kos operasi tadika ini bergantung kepada sumbangan yang anda hulurkan pada tabung penghantaran setiap bulan.

Sekiranya anda sudi menaja pendidikan anak-anak comel ini untuk bulah hadapan, jangan lupa sertai Tabung Penghantaran April 2018 yang berbaki 5 hari sahaja lagi.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun bank Syria Care:

1. CIMB Islamic:8601894560

2. Maybank Islamic: 562106653575

Untuk tindakan pantas, boleh tekan link ini https://syriacare.org.my/donate/

Sila hantarkan slip transaksi bank kepada Pegawai Kewangan 01128809820 dan nyatakan untuk (APRIL) #SyriaCareMedia #SyriaCareforhumanity #KRAK6

[huge_it_slider id=”157″]

 

 

 

 

 

Kongsi Artikel Ini